Monday, 11 April 2011

DETIK-DETIK SAKARATUL MAUT

disinilah kita akan disemadikan

Sakaratul Maut adalah peringkat ujian yang paling hebat dan ia juga amat dahsyat sehingga menyebabkan seseorang itu bagaikan rasa mabuk disamping kesakitan yang amat dahsyat. Saat kematian telah ditentukan waktunya, tidak dapat ditunda atau dipercepat dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan kematian seseorang apabila datang waktu kematiannya.

Semua makhluk yang bernyawa pasti akan merasai kematian, sesuai dengan firman Allah SWT :
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga, maka sesungguhnya dia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan didunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”   ( Ali-Imran:185)
NAZAK
Nazak adalah saat terakhir seseorang yang akan menempuhi alam kematian. Nazak adalah ibarat sesuatu yang menyakitkan roh sehingga tidak satu bahagian pun daripada roh yang tidak merasai kesakitan. Kepedihan pada waktu nazak menyerang roh dan seluruh bahagiannya, kerana roh itulah yang dicabut dan ditarik dari setiap urat dan sendi jasad, iaitu bermula dari kepala hingga ke hujung kaki.
Bencana kematian itu terbahagi kepada 3 perkara :-
1.       Kerasnya nazak
2.       Akan melihat rupa malaikat maut
3.       Keluarnya roh serta akan rasa ketakutan dalam hati.

Keadaan ketika nazak :-
Tanda orang Mukmin meninggal. Antara tanda kematian ialah, tumit akan menjadi lembut, hidung menjadi bengkok, alis matanya semakin hilang, kulit muka menjadi tegang dan dahinya berpeluh.
Daripada Abi Buraidah al-Aslami, Nabi SAW bersabda :
Orang Mukmin mati dengan keluar keringat di dahinya” (Riwayat at-Turmuzi dan al-Hakim)
Diriwayatkan juga daripada Salman al-Farisi r.a., dia berkata:
“Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ‘Perhatikanlah tiga perkara pad mayat pada waktu saat kematiannya: Jika keluar peluh di dahinya, berlinangan air matanya dan melebar kedua lubang hidungnya, maka itu adalah rahmat daripada Allah yang turun kepadanya. Jika dia berdengkur seperti unta yang tercekik, pucat warnanya dan berbuih mulutnya, maka itu adalah seksaan daripada Allah yang telah menimpanya ’ “.   (Riwayat at-Turmuzi dan al-Hakim).

Hendaklah kita mengajar kepada orang yang hampir meninggal dunia dengan Kalimah Suci LAA ILAAHA ILLALLAH untuk menyelamatkan dirinya adripada gangguan iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang sedang dalam Sakaratul Maut.
Bersesuaian dengan sabda Rasullah SAW: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: LAA ILAAHA ILLALLAH “.


sumber ini diambil dari majalah ANIS

No comments:

Post a Comment