Antara ciri-ciri penting akhlak manusia dengan Allah s.w.t. ialah :
Beriman dengan Allah iaitu mengakui, mempercayai dan meyakini bahawa Allah itu wujud serta beriman dengan rukun-rukunnya dan melaksanakan segala tuntutan-tuntutan-Nya disamping meninggalkan segala sifat atau perkara syirik terhadapnya.
Beribadah atau mengabdikan diri, tunduk, taat dan patuh kepada Allah iaitu melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan – Nya dengan ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t.
Sentiasa bertaubat dan sentiasa mengharap kepada Allah dalam segala usaha dan amalannya. Sega;a gerak-geri hidupnya hanyalah untuk mencapai keredhaan Allah dan bukannya mengharapkan pujian atau perhatian manusia.
Melaksanakan segala perkara yang wajib, fardu dan nawafil.
Redha menerima qadak dan qadar Allah. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Apabila mendapat kesenangan dia bersyukur dan apabila dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka menjadi baiklah baginya”.
No comments:
Post a Comment