Wednesday 24 August 2011

SEPUPU KAHWIN

anak mak long belah suami aku kahwin

anak sulung - nana

bekerja sebagai misi di Perak dan suaminya orang Perak lah

tahniah kepada kedua-dua mempelai, semoga mahligai yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat, AMIN

majlis diadakan pada 30 Julai 2011, 2 hari sebelum bulan Ramadhan

majlisnya simple jer, sebab mak long aku tak jemput ramai tapi tetap meriah dengan kehadiran saudara mara

ada juga karoake yang dikonker oleh sepupu sepapat.... berhibur sakan masing2 termasuklah Sayang heheheheh dan Comel Sayang pun dah pandai nyanyi pakai microfon lagi tau hahahahahha

tema majlis PINK n PUTIH n CREAM.............so sweet

cantik banget

menu : nasi ayam, daging merah, rojak nenas, kuih muih + air mata kucing n air teh bunga ( dibuat khas oleh Pak Ngah )

majlis dimulakan dengan paluan kompang kira-kira jam 2petang

pengantin bersanding dan makan damai / makan beradab

menu : memang sedap, nasi beriani + daging merah + udang +ayam panggang+buah-buahan dll

aku sempatlah makan udang tu heheheheh

ni antara gambar2 yang sempat diambil, sebab sambil melayan Comel Sayang




 ni anak aku dgn makcik Esah tengah karaoke hehehehe

ni balai makan

set untuk melalak dan menyumbangkan suara yang sumbang hahahahaaa

orang kampung dan sedare mare sibuk rewang

ni tempat air....air mata kucing n air teh bunga yang dibuat khas oleh Pak Ngah
sungguh khas

ni 3 orang sepupu yang sibuk basuh pinggan mangkuk

ni pelaminnya...cantikkan

tahniah k nana n pasangannya
semoga berkekalan dan bahagia hingga ke akhir hayat

senyuman manja manis dari pengantin buat semua

MACAM KEMBAR 3

cucu pertama : Aaron Aiman ( lelaki, 8 tahun )
cucu kedua    : Adrian Iman ( lelaki, 6 tahun )

cucu ketiga    : Arissa Maisara ( perempuan, 1 tahun 9 bulan )
cucu keempat : Putri Aleya Natasha ( perempuan, 1 tahun 8 bulan )
cucu kelima    : Aereen Adriana ( perempuan, 1 tahun 6 bulan )

anak aku, Arissa Maisara adalah cucu perempuan pertama dalam family aku dan cucu pertama sebelah keluarga mertua aku...sebab tu anak aku tersangatlah dimanjakan oleh bapak mertua aku ( masa aku ngandung dia ada cakap kalau boleh nak cucu perempuan )

aku bersalin 4 November 2009 dan genap sebulan iaitu 4 Disember 2009 tahun yang sama, kakak ipar aku bersalin anaknya yg pertama. Kata orang2 tua, kalau mengandung sama, kene tukar2 kain batik supaya senang untuk bersalin tapi aku tak sempat nak tukar kain batik dengan kakak ipar aku sebab aku bersalin 1 minggu awal dari tarikh sebenar....Alhamdulillah, semuanya selamat.

dan pada bulan 1 tahun 2010, kakak aku pulak bersalin anak ketiga dan lahirkan baby perempuan ( akak mmg teringin anak perempuan sebab dah ada 2 hero) dan Alhamdulillah anak ketiga nie perempuan.

abah dan mak adalah orang yang paling gembira sebab dapat cucu perempuan sekali 3, hehehehe

kalau kami jumpa di hujung minggu, dah macam kembar 3. suke tengok. bab bergaduh atau berebut barang tu perkara biasa dan mak-mak lah yang kene leraikan kalau tak nanti ada tolak-menolak, dah menangis

Arissa, Putri dan Aereen dah pandai berjalan dan tahun ni kami pakat buatkan baju kurung untuk raya dari kain yang sama, macam kembar, tak sabarnyer nak tengok

Arissa ni tak berapa agresif tapi banyak cakap, Putri pulak suka main sendiri dan tak banyak cakap dan Aereen ni pulak walaupun badan kecik, tapi lincahnyer macam umur 3 tahun



ni anak aku....baru pandai meniarap masa ni



inilah dia kembar 3 tu
tak sabar nak tunggu hari raya, sebab mereka akan pakai baju kurung yang sama


memang meriah kalau cucu2 atok semua berkumpul
ermmm gambar cucu lelaki takde, nanti aku masukkan kalau ada




Thursday 18 August 2011

KAD RAYA AKU BUAT SENDIRI






Alhamdulillah, siap jugak kad raya ni

aku nak bagi pada kawan-kawan di opis

tak la lawa mana

 tapi aku berpuas hati dengan hasilnya

sebab aku buat sendiri


kepada kawan-kawanku semua

" SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN"


Tuesday 16 August 2011

MENGHIAS




contoh jer : lampu warna warni

Pejam celik pejam celik dah 17 hari kita berpuasa

Alhamdulillah

Masih dipanjangkan usia, diberi kesihatan untuk meneruskan hidup ini




Di pejabat, aku dibawah Unit Komunikasi Korporat ( UKK )

Setiap tahun untuk bulan Merdeka dan Ramadhan, kami akan ditugaskan untuk menghias lobi

Ok, tahun ni Hari Raya Aidilfitri dan Bulan Kemerdekaan jatuh pada tarikh yang sama, 31 Ogos dan kami ditugaskan untuk menghias lobi dengan menggabungkan kedua-dua perayaan tersebut

Untuk Merdeka, kami letakkan bendera Malaysia dan negeri

Untuk Sambutan Hari Raya, kami hiaskan lobi nie dengan ketupat reben, lampu pelita elektrik dan lampu warna-warni ( ada yg berbentuk ketupat, lawaaaaa )

Tugas aku ialah menganyam ketupat reben, kawan yang lain tolong menghias

Hasilnyer

Alhamdulillah, nampak meriah lobi kami

( tak sempat nak snap gambar, nanti kalau ada gambar aku masukkan k )

K, kepada kawan2 selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri


p/s  :  JANGAN MAIN MERCUN!!!


contoh jer : ketupat reben

Saturday 13 August 2011

BULAN RAMADHAN




Bulan Ramadhan
Bulan yang penuh ampunan
Bulan Ramadhan
Allah telah menjanjikan

Berpuasalah kita semua
Perbanyakkan membaca Al-Quran
Solat zikir malam perpanjanglah
Bersadakah bagi yang membutuhkan

Allah akan menghapuskan dosa kita
Allah akan mengabulkan doa kita
Allah akan melapangkan hati kita
Allah akan meluaskan rezeki kita

SIBUK MENGEMAS

selamat hari raya
selamat hari raya

Alhamdulillah dah 14 hari kite berpuasa.

Lagu raya pun dah mula berkumandang di corong-corong radio

Ada juga yang memasang cd lagu raya....hehhehehe 



Nak raya


Nak raya


Sibukla mengemas rumah

Segala habuk-habuk kalau boleh tak nak nampak

Mengemas dalam rumah, luar rumah

Mengecat

Tukar langsir, sarung kusyen, alas meja

Tukar perabot   ?????

Tak pun sebab elok lagi....pembaziran mestilah dielakkan

Raya memang aku tak buat kuih

Beli aje....senang dan mudah

Yang aku tumpukan ialah mengemas rumah sebab aku sorang jer perempuan kat rumah mertua

( mak mertua sakit dan aku adalah menantu perempuan pertama sebab belah Sayang adik-beradik 3 orang semua lelaki ).....

Kawasan luar rumah kami dah kemas bersama-sama

Kawasan dalam rumah masih dalam proses, aku buat pelan2 sebab sambil2 melayan Comel Sayang

Penat memang penat, tapi dah tanggungjawabkan

Ni aku rehat sekejap dapatlah bukak blog. Comel Sayang tido

Petang nak masak pe yer?

Hari2 masak kadang2 boleh hilang idea nak masak apa......adoi  @^%^#

Masak sardin pon sodapppp hahahahahaha

K, nak berehat dulu n simpan tenaga utk aktiviti petang ni pulak

Selamat memasak dan berbuka

As-Salam