Thursday 30 June 2011

NASI AYAM PENYEK



Nasi Ayam Penyek

Nasi Ayam Penyek

Nasi Ayam Penyek

Akhirnya dapat juga aku memakannya

Begitu rupanya.....macam Nasi Ayam biasa

Cume ia ditambah dengan sambal hijau, kacang panjang, keropok, tempe dan tauhu goreng dan ada sup

Ayam goreng dipenyekkan

Harga????????

RM 6.00

Berbaloi????


Bergantung pada selera dan tekak masing2.....    @-@
                                                                      <>
















Sunday 26 June 2011

MAIN AIR

Budak-budak memang suker main air kan

Aku masa kecik2 dulu pun cenggitu gak, pantang ujan lebat mesti main air... baring2 atas rumput, tadah badan kat bawah laluan hujan yang turun dari bumbung, best betol

Dah biasa mandi hujan, tu yang lau kene hujan atau gerimis aku jarang sakit kepale. Lau Sayang, kene gerimis sikit jer dah pening sebab mak Sayang mmg tak bagi anak-anak main hujan masa kecik.

Anak aku? Ermmm aku lom benarkan lagi heheheheeeee

Tu kisah hujan, lau bab mandi lak, Comel Sayang suker benor, sampai tak nak naik. Adoi, letih lah ibu nak nunggu je, banyak keje lain nak dibuat anak oii...nak tinggal Comel Sayang sensorang dalam bilik air, oh no no no TAK AKAN....BAHAYE OKAY....so, aku pun sama2 lah main air

Malam aritu, Comel Sayang buang air besor. Biase kalau aku dah bersihkan dia, dia nak naik, tapi malam tu tak nak naik. Dia amik besen duduk dalam tu, ngam2 je lah, pastu suruh aku letak air. Malam tu sejuk sebab macam nak hujan, aku ngan Sayang pujuk2 lah dia naik, tak mo jugak. Kiteorg menyorok belakang dinding bilik air ( belah luar ), pe lagi melalak lah Comel Sayang, aku dukung bwk masuk bilik...settle masalah...


Budak-budak kalau dah main air memang tak hengat dunia...... @ - @






sekadar gambar hiasan

Wednesday 22 June 2011

MERAJUK @ PUJUK MEMUJUK --,--@

Semalam aku pergi kursus Parenting @ Work kat MPC, JB yang dikendalikan sepenuhnyer oleh LPPKN JB..

Kursus yang sungguh banyak aktiviti, seronok, tak mengantuk dan tak membosankan... ***** star aku bagi cume aku sedih sikitlah sebab hadiah diberi kepada kumpulan dan individu yang menang sahaja. Kenapa aku mesti sedih???     Sebabnyerkan aku pernah g kursus yang dapat banyak hadiah macam bear, anak patung ingat lagi tak, dan setiap orang dapat hadiah tu.... Tapi kali ni, yang menang jer dapat padahal banyak lagi hadiah kat atas meja tu, pe salahnyer bagi kami2 yang tak menang ni, baru rasa best dan semangat gitu......balik dalam keadaan hampa tapi aku fikir yang positif je ler ye hehehe

D sorang penceramah, Puan Noor Hadayah bagi tips macam mana nak pujuk suami / isteri yang merajuk ataupun meminta perhatian.

Situasi A : Kepada suami2 k : Cara suami memujuk / ambil hati isteri

Kalau suami balik rumah, tengok isteri kat dapur tengah memasak ke basuh pinggan ke tapi keadaan berbeza dari biasa macam kalau tengah masak tu selalu senyap je tapi aritu keletang keletung keletang keletung atau masa basuh pinggan bergoyang seluruh anggota badan dari kepala sampai kaki, masa letak pinggan kat rak tu pulak bunyi preeeeeeeeeeeeeeeeenggggggggg, letak satu pinggan tapi semua pinggan kat rak tu berbunyi....haaa d yang tak kenelah tu....

Caranya : Suami pulak kalau isteri tengah macam tu janganlah terus keluar rumah atau senyap2 masuk bilik.    Haa macam ni caranyer, suami datang pelan2 kat belakang isteri pastu PELUK isteri dari belakang dan berkata SAYANG AYANG / I LOVE U / ALA SAYANG BUCUK ABANG ( kata-kata pujian tau )

Kesimpulan : Sebenarnyer isteri2 ni nakkan BELAIAN / SENTUHAN / PERHATIAN / UCAPAN ROMATIK dari suami tapi tu lah kadang2 suami ni tak faham kan kan kan.... buat semua tu masa bercinta dan baru2 kahwin jer lepas dah beranak pinak dah takde dah.

Situasi B : Kepada isteri2 k : Cara isteri memujuk / ambil hati suami


Kalau isteri balik rumah, dengar kat dapur macam ada orang tengah memasak ker mengemaskan, ermm suami kite lah tu. Rajin pulak suami kite nak memasak dan mengemas dapurkan. Ha, kite jangan pulak peluk suami kite dari belakang okas.


Caranya : Isteri pegang lengan suami ker pastu cakaplah, " Rajinnyer abang, Sayang abang, terima kasih tolong saya kemas rumah" / " Sedapnya abang masak ( wakaupun tak sedap )"...Ingat mesti beri PUJIAN k kepada pasangan

Kesimpulan : Suami macam tu sebab nak tolong kite dan juga menunjukkan skill dia mengemas rumah dan memasak jadi haruslah diberikan PUJIAN bior suami kembang2 hidungnyer k dan TERUS RAJIN untuk membantu kite dirumah.

Selalu-selalulah meramas dan menggenggam tangan pasangan ( yang dah sah menikah k ) kerana ia dapat menghapuskan dosa-dosa kecil



janganlah kite bergaduh dengan pasangan dan jangan bergaduh sampai naik kaki tangan ataupun baling2 pinggan mangkuk....sayangilah pasangan anda



pasangan yang selalu berkomunikasi dan bertolak ansur akan bahagia hidupnyer, hati sentiasa tenang dan menjadi sebuah keluarga yang harmoni apatah lagi dengan kehadiran anak-anak



pemberian bunga kepada isteri juga salah satu cara dirinyer rasa dihargai

Thursday 16 June 2011

NAIK LAGI ????? *&%@($%@*#^*$^274

Apa, nak naik lagi??? Kalau macam ni memang aku potong lah, tak nak aku teruskan.

Terang memang terang tapi bile hari nak hujan, tak dapat tengok....tak ke tensen lagi2 time d cerite best2, tak gitu.................haru

Aku dah tukar ke pakej yang paling murah, kurangkan beban bayar bil tiap2 bulan.

Aritu bile ada promosi astro b-yond, d promoter datang rumah, dia cakaplah " Masuk ni free, tak kene bayor apa2 mak cik " ( masa ni aku kejer yang ada mak jer dan korang pun fahamlah kan lau mak-mak ni kan ), tergodalah mak aku............so rumah aku d lah si DIA BYON....aku tak kisahlan dah pasang dan diberitahu FREE

Datang bil d penambahan RM20.00......so bil aku NAIK jadi RM61.++....adoiiii nak kurangkan tapi bertambah pulak. Mak dah serba salah tapi sku cakap kat mak  " xpelah mak, bukan salah mak kan orang tu yang cakap benda ni FREE, nanti kite telefon DIA tanya lebih lanjut "   baru hati mak aku tenang. Benda dah dipasang pun nak buat macam manakan....BAYOR JE LAH

So, masa kat opis aku telefon DIA tu, tanyer kenapa naik RM20.00. Dia cakap tu cas untuk DIA BYON untuk tiap2 bulan selama setahun. Aku cakaplah dengan nada yang agak tinggi tapi masih dicontrollah "Aritu masa nak pasang apesal cakap FREE? Sekarang kene bayor pulak?" %*%&*%&^^&*
Tanyer lagi, " Lau nak potong boleh tak?".  Dia cakap boleh tapi kene bayor RM240.00 sebab tak cukup setahun. Lau tak nak kene bayor tunggu sampai setahun aku gunakan DIA BYON tu.....huhuhuhuuu

So, aku tunggu jelah SETAHUN LAGI

Dan sekarang ni, dengor2 cite nak naik lagi........gaji habis bayor DIA jelah......

Nak naik tapi cerita yang sama berulang2, pagi - petang - malam tengok ulangan jer. Minggu ni tengok citer tu nanti minggu depan ke depan lagi ke cerita sama lagi....

Mak aku cakap per, " kalau macam ni, potong jelah. Tengok tv tak terang pun tak per"...  
--,--@



* edisi luahan perasaan je *

Tuesday 14 June 2011

KELAPA SAWIT...

Korang penah g kebun kelapa sawit?

Best tau....best kalau setakat g jenjalan dan tengok-rengok kawasan jer lah tapi penat lau buat keje kat kebun, nama pun kejer kan ne ada kejer yang tak penat huhuhuhu...

Masa aku sekolah rendah dalam darjah 5 ke 6 aku tolong abah kat kebun kelapa sawit. Biasanyer aku g ari Sabtu dan Ahad atau masa cuti sekolah. Pagi2 dah bangun sebab kol 7 abah dah gerak ke kebun. bawak bekal air masak, air manis, jemput2. Bekalan tu penting k untuk menambah tenaga yang berkurangan nanti. Kat belakang moto tu abah bawak kereta sorong ikat kat motor, so aku yang kat belakang ni kenelah pegang ikatan tu. Lau abah bawak sabit, kene tolong pegang gak tau, cian abah ne nak pegang sabit nak bwk moto lagi. Sabit tu letak kat bahu abah. Jalan kebun kan tak rata maksud aku tak ditar, so sakit bahu tau lau kene batang sabit tu, terhentak2. Kami pergi bertiga kadang2 berdua. Lau bertiga tu aku, akak/abang dan abah. Mak jaga adik2 kat rumah dan masak...Tengahari dalam kol 11 lbh ke 12.00 ( sebelum Zuhur ) kami dah balik rumah untuk berehat. Petang dalam kol 2 kami pergi lagi...ada 2 shif tau hihihihiiii

Yang aku tak suker lau nak buang air.......adoi parah......kat kebun mana ada tandas yang bertutup/berdinding huhuhuhu, paya jer lah yang ada. So, berlindunglah disebalik batang2 pokok kelapa sawit. Nasib masa tu badan kecik molek jer, ngam2 ngan batang pokok hahahaha, akak tolong jaga line heheheh....

Main paya ni best tau, suasana redup, leh mandi2 leh mancing...lau d akak ke abang yang g sama, aku dapat rehat skit tu yang sempat main kat paya.

Diantara tugas-tugas yang aku buat kat kebun : -
  • Tolong abah
  • Tolong angkat pelepah yang dah dipotong dan longgokkan kat tepi (mcm org nak memerun tu)
  • Tolong angkat buah kelapa sawit dan masukkan ke dalam kereta sorong. Lau nak pikul aku tak larat k. Buah tu kan berat, so caranyer ialah dengan menggunakan besi cangkuk ( aku xtau namanyer) cucuk kat tandan buah pastu angkat lah dan satu lagi cara sengetkan kereta sorong hampir dgn buah kelapa, aku berdiri kat belakang kereta sorong dekat dgn tayar pastu tarik buah gunakan besi cangkuk tadi. Agak2 buah dah masuk sikit dlm kereta sorong, aku pijak besi dekat dgn tayar dan tarik kereta sorong sebelah yang disengetkan tadi so kereta tu akan berada seperti kedudukan asal (korang faham tak) heheheh uat2 faham jelah k. Kepada yang penah buat, mesti fahamkan...
  • Tolong pungut biji kelapa yang terlerai dari buahnyer. Pungut jangan sampai ada yang tertinggal tau, nti abah marah
  • Tolong tolak kereta sorong yang penuh dgn buah kelapa ke tempat pengumpulan dan tuangkan dia
  • Tolong membaja pokok.......part membaja ni lepak sikit, yelah kene tabur baja sekeliling pokok pada setiap pokok. Ada berapa banyak pokok woooo. Baja ni latak dalam kereta sorong, so tolaklah ke satu satu pokok
  • Kadang2 tolong amik lidi kelapa sawit untuk buat penyapu lidi..biase sekali amik tu dapatlah 2-3 kantong
  • Ada lagi tak erkkkkkkkkk.....itu je kot
*****  walau penat tapi aku seronok dan puas sebab aku dapat tolong abah dan aku dapat merasai sendiri macamana susahnyer abah kite nak cari duit untuk membesarkan anak-anak...TERIMA KASIH ABAH DAN MAK, KAMI SAYANG ABAH DAN MAK *****



Masa ni aku tak sempatlah nak amik gambo kan, maklumlah hanpon pun masa ni tak d lagi theee :-)), so aku amiklah gambo2 ni kat google


Ni suasana kat kebun kelapa sawit. Redupkan..ha tu yang kadang2 d budak2 sekarang 'buat projek kat kebun" ntah apa-apa ntah budak2 sekarang kan....JAUHI MAKSIAT

Beginilah caranyer memetik buah. Ni pokok rendah. Pokok kat kebun abah tinggi2, so galahnyer pun panjang lah ( galah boleh laras )

Ni lau masa menolak buah yang penuh dalam kereta sorong, berat tau....

Haaaa, dah menolak pastu tuang buah kat tempat penumpulan. Dulu aku mcm tu lah heheheh

Haa, ni masa tolong angkat pelepah. Kene hati2 tau, lau kene duri sakit woooo


Cantikkan kaler buah kepala sawit ni. Kadang2 aku akan pilih buah yang cantik, pastu bwk balik rumah suruh mak rebus...sedapppppppppppppp


Serba sedikit pengalaman kerja di kebun kelapa sawit mengajar aku susah senang mencari duit untuk hidup dan susah senang ibu bapa kite untuk membesarkan anak-anak. Jadi, ingatlah wahai anak-anak, janganlah sesekali kite melupakan dan mengabaikan kedua orang tua kite....

SYURGA DI BAWAH KAKI IBU



Saturday 11 June 2011

PON....PON !!!

Bunyi hon dalam rumah? Pelik...

Aku rasa macam ada benda melanggar kaki dari belakang...( aku tengah basuh pinggan mangkuk didapur ).

"Bu, bu ", aku menoleh....Ya, Allah rupanya Comel Sayang tgh naik basikal baru heheheheh.....

Suke benor dia naik basikal tu, habis satu rumah dia pusing, dari ruang tamu ke ruang tengah sampailah ke dapur. Kdg2 dia picit hon katak tu....PON..PON..PON..PON heheheheh...tapi orang yang melayan dia lah yang penat sebab Comel Sayang tak pandai mengayuh lg, so kenelah ada orang yang tolong tolakkan basikal tu.

Untuk kesenangan dan kemudahan diri sendiri dan orang2 dirumah, aku dan Sayang telah memilih sebuah basikal yang praktikal iaitu ada batang penolak di belakang ( untuk menolak dan mengawal handle ). Taklah sakit pinggangkan hehehe




Basikal baru Comel Sayang...
Tiang / batang yang kat belakang tu lah untuk menolak dan mengawal handle


Tengok tu, bestnyer ada orang tolong tolak


Yang kaler hijau kat hndle tu lah hon katak ..,cute tau


Macih Ibu, Abah belikan arissa basikal ni...I LIKE    :-)))

Thursday 9 June 2011

SAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT

Semalam petang Comel Sayang demam dan merengek jer. Bagi susu, bagi makan dia tak nak, menangis jer...

Aku dan Sayang bawak Comel Sayang g klinik, doktor cakap anak aku kene sakit mulut, kaki dan tangan...berderau darah, berdegup laju jantung ni. Aku pun tanya bahaya tak sakit ni. Doktor cakap tak bahaya dan aku perlu bagi Comel Sayang makan aiskrim, air sejuk - segala yang sejuk2 lah utk memberi kelegaan kat mulut  -

Malam tadi Comel Sayang dapat tido sekejap pastu menangis lagi. Ubat dh bagi dah. Aku pujuk2, bagi susu, habis Comel Sayang minum lepas tu dapatlah tido sampai pagi. Aku dgn Sayang kejer hari ni. Nak tinggal sayu jer hati tapi disebabkan kejer, aku kuatkan hati gak huhuhu...

Kawan2 d bagi petua iaitu makan aiskrim vanilla dan aku dah mintak tolong abah untuk belikan...

Tadi telefon abah, abah cakap panas dah xde tinggal sakit mulut jer tu menangis tak berenti

Aku rindukan anakku yang ceria, suka bercakap, suka bergurau, suka menyanyi....

Anakku, cepat sembuh ye..Ibu sayang kamu...


Mari kita berkongsi pengetahuan tentang sakit Tangan, Kaki dan Mulut.
( Sumber dari Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan  Malaysia )





Definisi

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut adalah penyakit yang biasa berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak. Biasanya terdapat lepuhan di mulut, tapak tangan, jari-jari tangan dan tapak kaki.

Sebab-sebab
Disebabkan oleh virus enterovirus. Virus yang biasanya menyerang adalah coxsackievirus A16.

Tanda-tanda dan gejala
  • Demam yang ringan
  • Rasa tidak sihat (letih dan lesu)
  • Sakit tekak
Selepas demam selama 2-3 hari, lepuhan yang menyakitkan mula terdapat di dalam mulut. Biasanya terdapat di atas lidah, gusi dan di sebelah dalam pipi. Ruam di kulit mula keluar di satu dua tempat dengan timbulnya lepuhan warna merah tetapi tidak gatal di tapak tangan dan tapak kaki serta juga di punggung. Lepuhan di mukosa dan permukaan kulit akan sembuh dalam masa 5-7 hari. Manakala lepuhan di tangan dan kaki akan sembuh dalam masa 5-10 hari.

Siapa yang mudah dijangkiti?

Kebanyakannya berjangkit kepada kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah.
Adakah penyakit ini berjangkit?

Ya. Ianya mudah merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui sentuhan secara langsung (direct contact) dengan lelehan air hidung, tekak, air liur dan cecair dari lepuhan juga daripada najis individu yang telah dijangkiti. Ianya bukan sahaja mudah merebak terutama di awal jangkitan, tetapi juga boleh merebak selepas beberapa minggu di jangkiti.

Bolehkah penyakit tangan, kaki dan mulut berjangkit daripada haiwan?

Tidak, ia tidak sama dengan penyakit kaki dan mulut pada haiwan.

Bagaimana diagnosis dijalankan?

Selalunya ia dilakukan secara klinikal. Ujian ?throat swab?? ataupun daripada najis individu yang dijangkiti dihantar untuk ujian makmal bagi menentukan virus yang menyebabkan penyakit ini.

Rawatan
Tiada rawatan yang khusus.
  • Ubat demam (Paracetamol) digunakan untuk mengurangkan demam
  • Air garam digunakan untuk berkumur. Bancuhan: ½ sudu teh garam untuk segelas air suam sekiranya kanak-kanak tersebut boleh berkumur
  • Pastikan kanak-kanak minum air yang secukupnya
  • Produk tenusu yang sejuk dan aiskrim juga boleh diberi
Pencegahan
  • Boleh dicegah dengan mengamalkan mencuci tangan dengan air dan sabun selepas ada kontak dengan pesakit
  • Permukaan yang tercemar dan peralatan yang kotor hendaklah dicuci dengan air yang bersih, sabun dan di nyah kuman dengan menggunakan cecair Clorox, bancuhan ¼ cawan Clorox dengan satu gelen air
  • Jangan berkongsi barang-barang peribadi
  • Elak daripada mencium dan memeluk individu yang dijangkiti
Komplikasi

Komplikasi selalunya jarang berlaku tetapi boleh menyebabkan jangkitan kepada otak, paru-paru dan jantung yang mana boleh menyebabkan kematian.

Apakah vaksin untuk penyakit tangan, kaki dan mulut?
Tiada vaksin untuk penyakit ini.

Bila perlu berjumpa doktor?
  • Apabila demam tinggi tidak sembuh walaupun diberi ubat (< 38 C) lebih 48 jam
  • Letih/lesu
  • Kulit dan lidah yang kering
  • Resah gelisah (irritable)
  • Sawan
  • hilang sedar
Jika jangkitan berlaku di taman asuhan kanak-kanak, pemilik taman asuhan perlu :-
  • Kanak-kanak tidak boleh dihantar ke taman asuhan semasa terjadinya jangkitan untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 hari dan disahkan sihat oleh doktor. Memastikan semua kanak-kanak mengamalkan teknik mencuci tangan yang baik.
  • Basuh dan nyah kuman semua peralatan yang tercemar, alat-alat permainan dan juga permukaan seperti meja, kerusi dan lantai yang dicemari
  • Pastikan tidak ada kanak-kanak lain mempunyai gejala sama
Informasi boleh didapati melalui:
  • Pegawai perubatan /Pakar kanak-kanak
  • Klinik-klinik kesihatan
  • Laman web pengawalan dan pencegahan penyakit atau telefon no : 03-88833888
  • Familydoctor.org, kidshealth.org, health.am websites

Tuesday 7 June 2011

IMPIAN @ ANGAN-ANGAN...

DSLR D5100

Price: RSP RM 2,698.00 (with AF-S DX Nikkor 18-55mm f/3.5-5.6G ED VR); RSP RM 2,298 (body only)




DSLR D7000
Price: RSP RM 4,998.00 (with AF-S DX Nikkor 18-105mm f/3.5-5.6G ED VR); RSP RM 4,198 (body only)



DSLR D3100
Price: RSP RM 2,198.00 (with AF-S DX NIKKOR 18-55mm f/3.5-5.6G VR); RSP RM 1,798 (body only)

tengok harga je dah takutkan, tu yang tak terbeli2 jadinya nengok ajelah gambo ni
impian @ angan-angan adakah akan menjadi kenyataan???
tak salahkan nak pasang impian dan berangan, dan semua orang akan berbuat begitu theee :-))

bilakah ianya akan tercapai? aku kene lah kumpul duit dulu nak beli camera nie
ntah berapa tahun agaknyer nak kumpulkan ermmmmm

Comel Sayang

selepas bersalin ( first day )

Comel Sayang dah berusia 1 tahun 6 bulan. Rasanyer mcm baru jer melahirkan dia. Cepatnyer masa berlalukan. Susah senang, mcm2 dugaan dalam membesarkan anak ni, dan Alhamdulillah kami dapat menjalaninya dengan tabah ( setakat inilah ).

Seronok tengok perkembangan Comel Sayang...dari pandai ngoceh, pandai merangkak, pandai bertatih, pandai berjalan, pandai berlari, pandai cakap pelat, pandai nyanyi, bile aku sakit, Comel sayang akan peluk dan tiup tempat yang sakit tu, so terharuuu
...Ya Allah indahnyer...

Tengok keletah  Comel Sayang kadang2 leh uat kite geram, marah ada tapi yang penting aku rasa seronok, bahagia sampai nak menangis ( tanda syukur )...heheheheheh ( hati seorang ibu yang sensitif )

Sekarang Comel Sayang dah pandai berjoget dan menyanyi.

Iklan Dutch Lady , Comel Sayang pun akan menyanyi " mamama mamamamama "
Iklan Fernleaf  kan ada lagu Ibu, engkaulah ratu hatiku, dan Comel Sayang akan nyanyi " ako...ako...ako..." theeeeee
Lagu burung Kakak tua, bunyi mcm ni lak " acum, acum, acum olalala "

Dan dah pandai cakap ( antaranya lah ) :-

nak nom - nak minum
nak cu - nak susu
nak lo - nak telur ( rebus )
bu - ibu
bah - abah
ni - mandi
ayo - bile Comel Sayang ada uat salah ( cth: koyakkan buku/conteng2 dinding )
tan - ikan
ngau - kucing / binatang
uk uk - ayam

Sungguh indah kurniaanMu ya Allah, jadikanlah anakku ini seorang anak yang solehah, anak yang berjaya, anak yang patuh kepadaMu dan kedua ibu bapanya, Amin Ya Rabbal Alamin



selepas bercukur


baru pandai meniarap



sekarang

Sunday 5 June 2011

INSAF...

Sumber : Dari emel yang dikirimkan kepada aku. Marilah kita baca bersama-sama dan semoga ia dapat memberikan kesedaran...

Dalam solatku yang sudah sekian kalinya, aku tetap merenung telunjukku dalam setiap tasyahud (tahiyyat) awal dan akhir, mengharapkan pahala menurut sunnah mengisi setiap kantung pahala yang tak pernah ku lihat. Berpuluh tahun berbuat demikian, perasaan ingin tahu tetap menerjah hatiku. Mengapa Rasulullah s.a.w. berbuat demikian? Mengapa disunatkan merenung telunjuk sewaktu tasyahud? Pasti ada sesuatu sehinggakan disunatkan berbuat demikian. Bagi yang tak ambil pusing, tetap bahagian mereka dengan kantung pahala yang sarat di akhirat, dijamin Allah s.w.t..



Dirujuk persoalan itu kepada yang arif. Kata mereka telunjuk itu satu, diangkat ketika mengucapkan kalimah "Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah" bagi menandakan keEsaan Allah yang Satu, Yang Maha Esa dan Tiada yang sebanding denganNya. Jawapan yang diberi mententeramkan jiwaku hanya buat seketika. Memang benar apa yang dikatakan yang arif itu tadi, tapi mengapa gelodak jiwa mengatakan ada sesuatu yang lain.

Aku sentiasa terganggu dengan persoalan yang ditimbulkan hati yang mendesak-desak mencari rahsia sebenar sehingga hatiku puas. Kenapa hanya perkara ini begitu mendesak jiwa sedangkan perbuatan itu hanya dilakukan dengan seketika dalam solat.

Sehinggalah di suatu senja yang sangat hening. Hujan lebat mula turun di luar rumah, menghalang langkah insan yang beriman lemah ini untuk ke tempat azan dilaungkan. Ditunaikan tanggungjawabku kepada Yang Maha Pencipta dalam kamar bacaan di rumah. Maghrib itu membuka persoalan lama itu kembali. Mula sahaja tasyahud awal, telunjukku direnung dan membangkitkan kembali persoalan yang sering bermain dijiwaku.

Kekhusyukan dalam ibadatku sedikit teganggu, minda ditumpukan kembali kepada bacaan solat supaya hatiku tetap berpaksikan rasa syukurku kepada Yang Menciptakan diriku dengan segala kesempurnaan. Tapi semua itu terganggu kembali bila saja aku berada dalam tasyahud akhir. Sekali lagi aku mengucapkan kalimah " Ashhadu allaa ilaa ha illallah (Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah) sambil jari telunjukku diangkat menandakan aku mengakui keEsaan Allah s.w.t..

Bagaikan hendak tersembur kandungan dadaku tatkala aku merenung jari telunjukku pada kali ini. Serta merta airmataku mencurah-curah keluar tak tertahan, ditahan sebak dadaku supaya tidak terbatal solatku. Allahuakbar! Allah Maha Besar! Ampunkanlah segala dosa yang telah kulakukan dengan tanganku ini… Ya Allah! Betapa Engkau memuliakan kami manusia dengan kalimah NamaMu pada jasad kami yang kotor ini.. Ampunkanlah kami, ampunkanlah aku… Mulai maghrib hari itu, perbuatan mengangkatkan dan merenung telunjuk dalam tasyahud tidak lagi mengganggu kekhusyukan solatku, tapi ia membuatkan hatiku sentiasa gentar dan sayu..

Sayu mengenangkan dan merindui Allah s.w.t., gentar kerana aku melihat aku ini milik Allah… Ya! Benar.. akhirnya jawapan bagi persoalan itu telah kutemui bila saja terpandang kalimah Allah ditelunjuk kananku.. Subhanallah! Maha Suci Allah! Ampunilah aku sekiranya tangan yang membawa kalimah namaMu yang Maha Suci dan Mulia ini telah aku gunakan untuk melakukan dosa dan maksiat melanggar perintahMu.. Ampunkanlah HambaMu ini Ya Allah…..





Sekian, As-Salam

Wednesday 1 June 2011

AYAM KFC~CT

As-Salam...



Aku ada dapat resepi ayam goreng dari Cik Senyum...mudah, senang dan sedap. Dah dua minggu berturut-turut aku masak ayam goreng ini.

First time, aku goreng sikit jer sbb dah ada lauk sup ayam, rupa-rupanya ayam goreng tu tak cukup, diorang cakap sedap heheehheh....tu yang minggu depannya aku goreng ayam lg...

Cara membuatnyer, tgk ke bwh k : -



Bahan untuk diperap : Ayam dibasuh bersih, bawang putih, halia, garam, serbuk kari dan serbuk lada

utk tepung : Tepung gandum dan tepung jagung, sebuk kari, serbuk lada dan lada.
Sukatan agak2 jer

Cara masak :

Pecahkan telur 1 biji, celupkan ketulan ayam dalam telur, pastu celup kat tepung tadi dan goreng dalam minyak yang agak banyak dan api yang sederhana


inilah hasilnyer..sangat sedapppp