Monday, 16 May 2011

LESEN

Lesen kete......


Bile ingat balik, masa nak amik lesen nie adoiii malasnyer, tapi disebabkan 'mesti', 'keperluan', 'kemudahan' untuk masa akan datang, aku amik jugak. Aku amik lesen kete lepas SPM. Deposit guna duit abah, selebihnyer duit sendiri hasil bekerja kilang hehehhe...Aku amik lesen ni kat JB, jalan yang sibuk tapi sampai skrg masih takut2 nak drive :-)


Aku simpan lesen tu ( P ) selama 1 tahun, dan lagi setahun tu aku dah gunakan sebab aku dh dpt keje. Aku kene drive sendiri. Hari pertama masuk keje, tawakkal ajelah dan Alhamdulillah setakat ni aku belum terlibat dgn ape2 kemalangan dan aku berdoa semoga Allah sentiasa melindungi, Amin.


Lepas kahwin, aku dh jrg memandu sebab Sayang ada (kami 1 tmpt keje ) hehehhe. Kdg2 drive sendiri gak
( time Sayang keje luar/ berkursus ). Lesen aku simpan dlm wallet tak penah keluarkan.









masa aku kene aritu, taklah ramai camni...ni sekadar gambaran jer heheheh



D satu ari tu, aku kene drive sendiri g keje sbb Sayang g kursus. Aku memandulah dgn berhemat, pakai seat belt siap2, lock pintu ( masa ni pinjam kete abah ), bukak radio pelan jer...Sampai kat Hentian P, d road blok ( pg2 buta, time org nk g keje uat road blok, adoiiii )..dan selama 3 thn time aku yg drive sensorang, lau d road blok, tak penah polis tahan / tanyer lesen. Ntah nape pg tu, polis suh berenti nak tgk lesen. Aku pun amik lah wallet, cari2






tak jumper...................... Ya Allah mana lesen aku




masa ni dah berpeluh2, kaki tangan dah ketar






polis : ' ketepi'  
         ( perhhh tak penah aku kene tahan dgn polis, siap suruh ketepi tu )


polis : ' awak ada lesen ke tak?' (muka serius )


aku : ' ada encik dlm wallet saya. hari2 saya bwk lesen saya"
        ( lebih kurang 5 minit mencari, hampa..lesen aku hilang )


polis : 'awak keje kat mana?'


aku : 'saya keje kat ......' ( suare dh ketar gak masa ni, muka lau kene toreh xde darah yg kuar )


polis : 'tak penah nampak pun?'


aku : 'ada, saya kat kaunter depan'


polis : 'xpelah, ni saya bagi warning, lepas ni g JPJ uat lesen baru'


aku : ' macih encik'




dan aku drive dgn selamat sampai opis. terus terang, badan aku dah seram sejuk, kaki tangan dah gigil, jantung dah degup laju dan....esoknyer aku terus cuti g JPJ uat lesen baru.


Sekarang, sblm drive aku akan cek dulu lesen ada ke tak dlm wallet huhuhu , cukuplah sekali aku kene tahan dgn polis.serikkkkkkkkkkkk






@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@




hehehhe, ingat k kawan2, sebelum memandu pastikan bawak lesen bersama







contoh lesen ( bukan aku punyer )




" TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI, 'TUAH' MANUSIA TIADA YANG TAHU"






Sekian, 


As-Salam





No comments:

Post a Comment