Thursday, 26 May 2011

HANTU...

As - Salam

Bercakap pasal hantu, mesti menakutkan, mengerikan...
Kalau kite tgk sekarang, banyak pengarah yang bikin filem / drama berkisarkan kisah hantu. Samada ianya rekaan semata / diadaptasi dari buku atau novel ataupun dari cerita orang dulu2...

Masa zaman kanak-kanak, kalau dah bermainkan tak ingat waktu...waktu tghari bute ke, waktu dah senja ke, kite belasah jer...Mak aku, kalau aku nak g main2 tghari bute dia akan ckp

mak : nada marah dan menasihati  "tak boleh main tghari bute ni, nti d 'k.....' bawak sabit datang"

Dan pernah kwn aku ckp, lau tido pakai stoking, nti Hantu Stoking dtg. Dan selepas itu, aku tak berani nak pakai stoking masa tido walaupun sejuk heheheheheh

Aku pernah mengalami / nampak dengan "sesuatu" ni...( tak berani nak sebut hantu )

Masa ni aku darjah 5/6, gitulah....tak ingat sgt

D kematian...iaitu seorang budak perempuan ( atas aku 2tahun ). Arwah ni meninggal sebab kemalangan di depan sekolah agama kat kg aku.
Rumah keluarganya tak jauh dgn rumah aku, dan arwah seorang yang sssssaaaangat cantik.Orangnya putih gebu, rambut halusss panjang sampai bawah bahu, kulit cantik, bersih jer....

Arwah meninggal dunia dan dikebumikan pada hari tu...



Petang tu, lepas mandi aku pakai baju tido yang dibuat sendiri oleh mak ( baju baru tau dan inilah pertama kali aku pakai ), bajunyer mcm gaun, kaler gelap d bunga2 kaler merah n bintik2 kecil putih, d reben putih kat bahagian leher...cantikkkk

Aku tido bertiga, aku, kakak dan abg aku. Kami tido satu katil, maklum umah kecik dan hidup pun sederhana jer...Aku kat tgh2, kakak dan abg kat tepi ( jaga aku heheheh )...Malam tu, aku tido ntah mcmner lasak sampai dekat hujung katil tapi tak jatuhlah. Aku pun tak tahu benda tu berlaku kol brp, aku mcm tersedar dr tido, aku dengar bunyi mcm orang mendengus ke mengerang gitulah ( seram oooo )
" ngee ngee ngee " byk kali.

Dalam takut aku baca2 yang aku ingat, aku tak berani nak bergerak, aku diamkan diri... nak tau, "benda tu " pakai baju sama dgn baju baru aku tu...aku nampak rambut panjang, berdiri tegak tepi katil btl2 depan aku ( mata bukak kecik jer )...lepas tu aku terus tutup mata rapat2...
leh lak masa ni, kakak dgn abg aku tak sedo dr tido, aku terus tutup mata dan tak sedar aku tertido

Esok pagi, aku citer kat family dan aku telah MEMBAKAR baju tido baru aku tu walau pun sayang...


Itulah kesah seram dalam hidup aku...memang menyeramkan


Marilah kite bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk Arwah semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman, AMIN.......Al-Fatihah



Sekian, As-Salam

No comments:

Post a Comment