Thursday, 26 May 2011

KERJA AKU...

Keje aku nampak mudah, senang, tak tensen...tapi kadang2 sampai satu tahap boleh buat aku marah, menyirap, bengang dgn segelintir orang2 yang cakap ikut sedap mulut...

Keje aku jawab dan buat panggilan ( tugas hakiki )...aku bukan OPERATOR k, tapi PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN (PKP)...up sket lah namanyer heheheehh. Kat kaunter ni d dua PKP, aku ngan kwn aku.Kalau ada Program Senaman Pagi, Program Membudayakan Al-Quran, Perhimpunan Bulanan atau apa2 acara yang dianjurkan kat opis ni, kami akan pergi / menjoinkan diri secara bergilir...Dan yang haru sket time kami nak bercuti heheheh kenelah mintak bantuan dari kwn2 yang terpilih utk membantu kami di kaunter...Kami faham, dorang pun byk keje dan ada tugas hakiki masing2, tetapi di kaunter ni memang memerlukan dua org kalau tidak kelam kabut tau....mana nak jwb panggilan dari dalam, dari luar, nak layan tamu yang datang dan kerja2 sampingan yang lain.

Mungkin dulu boleh sorang2 tapi sekarang agak sukar sebab TALIAN TELEFON DAH BERTAMBAH, STAFF DAH BERTAMBAH RAMAI.

Mentang2 jawatan ni guna kelulusan SPM jer, dorang ingat senang ke keje ni, nak tau duduk sinilah. Ni tau nak marah jer.... ini terjadi biasanyer kami bekerja sorang2 ( salah sorang dr kami bercuti/kursus ) dan tiada yang menggantikan.

Ayat2 yg bisa tu :-

  • "manalah operator ni, lambatnyer angkat telefon?"
  • "operator ni uat per jer, angkat telefon pun lambat?"
  • " operator ni keje ke tak, tak angkat2 telefon?"
Kami sedar, kami keje angkat telefon jer, tapi jgnlah ckp mcm tu, mentang2 keje kami mcm ni, awak tu pegawai, janganlah berlagak sgt...D sorang pegawai tu, siap suruh anak buah dia jengah kebawah tgk aku buat keje ke tak sbb time tu  aku lambat angkat call dia ( masa ni aku keje sorang ). Bile diberitahu operator sorang, baru senyap mulut tu...

Semua orang nak cepat, dan kami pun nak memberikan servis yang terbaik, tapi kdg2.....   :-((((...takperlah, kami kene banyak bersabar kerana kerenah manusia macam2 dan bukan senang untuk memuaskan hati semua orang.

"Ya Allah, berikanlah kami kekuatan dan kesabaran yang tinggi menjalankan tanggungjawab kami ini, Amin"

" disini, aku nak ucapkan RIBUAN TERIMA KASIH kepada kawan2 seperjuangan yang banyak membantu semasa salah seorang dr kami bercuti / berkursus. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK....

SAYANG KALIAN....muahhhhhhh



 



telefon dan aku tak dapat dipisahkan hahahahahah



As-Salam

No comments:

Post a Comment