Wednesday, 22 June 2011

MERAJUK @ PUJUK MEMUJUK --,--@

Semalam aku pergi kursus Parenting @ Work kat MPC, JB yang dikendalikan sepenuhnyer oleh LPPKN JB..

Kursus yang sungguh banyak aktiviti, seronok, tak mengantuk dan tak membosankan... ***** star aku bagi cume aku sedih sikitlah sebab hadiah diberi kepada kumpulan dan individu yang menang sahaja. Kenapa aku mesti sedih???     Sebabnyerkan aku pernah g kursus yang dapat banyak hadiah macam bear, anak patung ingat lagi tak, dan setiap orang dapat hadiah tu.... Tapi kali ni, yang menang jer dapat padahal banyak lagi hadiah kat atas meja tu, pe salahnyer bagi kami2 yang tak menang ni, baru rasa best dan semangat gitu......balik dalam keadaan hampa tapi aku fikir yang positif je ler ye hehehe

D sorang penceramah, Puan Noor Hadayah bagi tips macam mana nak pujuk suami / isteri yang merajuk ataupun meminta perhatian.

Situasi A : Kepada suami2 k : Cara suami memujuk / ambil hati isteri

Kalau suami balik rumah, tengok isteri kat dapur tengah memasak ke basuh pinggan ke tapi keadaan berbeza dari biasa macam kalau tengah masak tu selalu senyap je tapi aritu keletang keletung keletang keletung atau masa basuh pinggan bergoyang seluruh anggota badan dari kepala sampai kaki, masa letak pinggan kat rak tu pulak bunyi preeeeeeeeeeeeeeeeenggggggggg, letak satu pinggan tapi semua pinggan kat rak tu berbunyi....haaa d yang tak kenelah tu....

Caranya : Suami pulak kalau isteri tengah macam tu janganlah terus keluar rumah atau senyap2 masuk bilik.    Haa macam ni caranyer, suami datang pelan2 kat belakang isteri pastu PELUK isteri dari belakang dan berkata SAYANG AYANG / I LOVE U / ALA SAYANG BUCUK ABANG ( kata-kata pujian tau )

Kesimpulan : Sebenarnyer isteri2 ni nakkan BELAIAN / SENTUHAN / PERHATIAN / UCAPAN ROMATIK dari suami tapi tu lah kadang2 suami ni tak faham kan kan kan.... buat semua tu masa bercinta dan baru2 kahwin jer lepas dah beranak pinak dah takde dah.

Situasi B : Kepada isteri2 k : Cara isteri memujuk / ambil hati suami


Kalau isteri balik rumah, dengar kat dapur macam ada orang tengah memasak ker mengemaskan, ermm suami kite lah tu. Rajin pulak suami kite nak memasak dan mengemas dapurkan. Ha, kite jangan pulak peluk suami kite dari belakang okas.


Caranya : Isteri pegang lengan suami ker pastu cakaplah, " Rajinnyer abang, Sayang abang, terima kasih tolong saya kemas rumah" / " Sedapnya abang masak ( wakaupun tak sedap )"...Ingat mesti beri PUJIAN k kepada pasangan

Kesimpulan : Suami macam tu sebab nak tolong kite dan juga menunjukkan skill dia mengemas rumah dan memasak jadi haruslah diberikan PUJIAN bior suami kembang2 hidungnyer k dan TERUS RAJIN untuk membantu kite dirumah.

Selalu-selalulah meramas dan menggenggam tangan pasangan ( yang dah sah menikah k ) kerana ia dapat menghapuskan dosa-dosa kecil



janganlah kite bergaduh dengan pasangan dan jangan bergaduh sampai naik kaki tangan ataupun baling2 pinggan mangkuk....sayangilah pasangan anda



pasangan yang selalu berkomunikasi dan bertolak ansur akan bahagia hidupnyer, hati sentiasa tenang dan menjadi sebuah keluarga yang harmoni apatah lagi dengan kehadiran anak-anak



pemberian bunga kepada isteri juga salah satu cara dirinyer rasa dihargai

3 comments:

  1. Biasanya masa lum kawen je org lelaki nak memujuk. Hipokrit kan.. masa dah kawen taknak pun memujuk. Alasanya malu lah segan lah..ngada je.. Tapi syabas lah kepada suami-suami yang memang pandai memujuk. Tapi mugkin juga kebanyakkan suami takde skill nak memujuk isteri kan. Nak buat tak semudah apa yang dikata.

    ReplyDelete
  2. betul3....kite setuju....kadang2 suami ni buat tak faham jer kite ni nak apakan ....

    bukan nak mintak duit pun

    ReplyDelete
  3. bagus artikel ni Cik Arissa. bertuah dapat g kursus tu

    ReplyDelete