selepas bersalin ( first day )
Comel Sayang dah berusia 1 tahun 6 bulan. Rasanyer mcm baru jer melahirkan dia. Cepatnyer masa berlalukan. Susah senang, mcm2 dugaan dalam membesarkan anak ni, dan Alhamdulillah kami dapat menjalaninya dengan tabah ( setakat inilah ).
Seronok tengok perkembangan Comel Sayang...dari pandai ngoceh, pandai merangkak, pandai bertatih, pandai berjalan, pandai berlari, pandai cakap pelat, pandai nyanyi, bile aku sakit, Comel sayang akan peluk dan tiup tempat yang sakit tu, so terharuuu
...Ya Allah indahnyer...
Tengok keletah Comel Sayang kadang2 leh uat kite geram, marah ada tapi yang penting aku rasa seronok, bahagia sampai nak menangis ( tanda syukur )...heheheheheh ( hati seorang ibu yang sensitif )
Sekarang Comel Sayang dah pandai berjoget dan menyanyi.
Iklan Dutch Lady , Comel Sayang pun akan menyanyi " mamama mamamamama "
Iklan Fernleaf kan ada lagu Ibu, engkaulah ratu hatiku, dan Comel Sayang akan nyanyi " ako...ako...ako..." theeeeee
Lagu burung Kakak tua, bunyi mcm ni lak " acum, acum, acum olalala "
Dan dah pandai cakap ( antaranya lah ) :-
nak cu - nak susu
nak lo - nak telur ( rebus )
bu - ibu
bah - abah
ni - mandi
ayo - bile Comel Sayang ada uat salah ( cth: koyakkan buku/conteng2 dinding )
tan - ikan
ngau - kucing / binatang
uk uk - ayam
Sungguh indah kurniaanMu ya Allah, jadikanlah anakku ini seorang anak yang solehah, anak yang berjaya, anak yang patuh kepadaMu dan kedua ibu bapanya, Amin Ya Rabbal Alamin
selepas bercukur
baru pandai meniarap
sekarang
zdy, jangan tunggu lama2...seronok dah d keluarga ni, lagi2 melayan karenah anak2....bahagianyer
ReplyDelete