Tuesday 14 June 2011

KELAPA SAWIT...

Korang penah g kebun kelapa sawit?

Best tau....best kalau setakat g jenjalan dan tengok-rengok kawasan jer lah tapi penat lau buat keje kat kebun, nama pun kejer kan ne ada kejer yang tak penat huhuhuhu...

Masa aku sekolah rendah dalam darjah 5 ke 6 aku tolong abah kat kebun kelapa sawit. Biasanyer aku g ari Sabtu dan Ahad atau masa cuti sekolah. Pagi2 dah bangun sebab kol 7 abah dah gerak ke kebun. bawak bekal air masak, air manis, jemput2. Bekalan tu penting k untuk menambah tenaga yang berkurangan nanti. Kat belakang moto tu abah bawak kereta sorong ikat kat motor, so aku yang kat belakang ni kenelah pegang ikatan tu. Lau abah bawak sabit, kene tolong pegang gak tau, cian abah ne nak pegang sabit nak bwk moto lagi. Sabit tu letak kat bahu abah. Jalan kebun kan tak rata maksud aku tak ditar, so sakit bahu tau lau kene batang sabit tu, terhentak2. Kami pergi bertiga kadang2 berdua. Lau bertiga tu aku, akak/abang dan abah. Mak jaga adik2 kat rumah dan masak...Tengahari dalam kol 11 lbh ke 12.00 ( sebelum Zuhur ) kami dah balik rumah untuk berehat. Petang dalam kol 2 kami pergi lagi...ada 2 shif tau hihihihiiii

Yang aku tak suker lau nak buang air.......adoi parah......kat kebun mana ada tandas yang bertutup/berdinding huhuhuhu, paya jer lah yang ada. So, berlindunglah disebalik batang2 pokok kelapa sawit. Nasib masa tu badan kecik molek jer, ngam2 ngan batang pokok hahahaha, akak tolong jaga line heheheh....

Main paya ni best tau, suasana redup, leh mandi2 leh mancing...lau d akak ke abang yang g sama, aku dapat rehat skit tu yang sempat main kat paya.

Diantara tugas-tugas yang aku buat kat kebun : -
  • Tolong abah
  • Tolong angkat pelepah yang dah dipotong dan longgokkan kat tepi (mcm org nak memerun tu)
  • Tolong angkat buah kelapa sawit dan masukkan ke dalam kereta sorong. Lau nak pikul aku tak larat k. Buah tu kan berat, so caranyer ialah dengan menggunakan besi cangkuk ( aku xtau namanyer) cucuk kat tandan buah pastu angkat lah dan satu lagi cara sengetkan kereta sorong hampir dgn buah kelapa, aku berdiri kat belakang kereta sorong dekat dgn tayar pastu tarik buah gunakan besi cangkuk tadi. Agak2 buah dah masuk sikit dlm kereta sorong, aku pijak besi dekat dgn tayar dan tarik kereta sorong sebelah yang disengetkan tadi so kereta tu akan berada seperti kedudukan asal (korang faham tak) heheheh uat2 faham jelah k. Kepada yang penah buat, mesti fahamkan...
  • Tolong pungut biji kelapa yang terlerai dari buahnyer. Pungut jangan sampai ada yang tertinggal tau, nti abah marah
  • Tolong tolak kereta sorong yang penuh dgn buah kelapa ke tempat pengumpulan dan tuangkan dia
  • Tolong membaja pokok.......part membaja ni lepak sikit, yelah kene tabur baja sekeliling pokok pada setiap pokok. Ada berapa banyak pokok woooo. Baja ni latak dalam kereta sorong, so tolaklah ke satu satu pokok
  • Kadang2 tolong amik lidi kelapa sawit untuk buat penyapu lidi..biase sekali amik tu dapatlah 2-3 kantong
  • Ada lagi tak erkkkkkkkkk.....itu je kot
*****  walau penat tapi aku seronok dan puas sebab aku dapat tolong abah dan aku dapat merasai sendiri macamana susahnyer abah kite nak cari duit untuk membesarkan anak-anak...TERIMA KASIH ABAH DAN MAK, KAMI SAYANG ABAH DAN MAK *****



Masa ni aku tak sempatlah nak amik gambo kan, maklumlah hanpon pun masa ni tak d lagi theee :-)), so aku amiklah gambo2 ni kat google


Ni suasana kat kebun kelapa sawit. Redupkan..ha tu yang kadang2 d budak2 sekarang 'buat projek kat kebun" ntah apa-apa ntah budak2 sekarang kan....JAUHI MAKSIAT

Beginilah caranyer memetik buah. Ni pokok rendah. Pokok kat kebun abah tinggi2, so galahnyer pun panjang lah ( galah boleh laras )

Ni lau masa menolak buah yang penuh dalam kereta sorong, berat tau....

Haaaa, dah menolak pastu tuang buah kat tempat penumpulan. Dulu aku mcm tu lah heheheh

Haa, ni masa tolong angkat pelepah. Kene hati2 tau, lau kene duri sakit woooo


Cantikkan kaler buah kepala sawit ni. Kadang2 aku akan pilih buah yang cantik, pastu bwk balik rumah suruh mak rebus...sedapppppppppppppp


Serba sedikit pengalaman kerja di kebun kelapa sawit mengajar aku susah senang mencari duit untuk hidup dan susah senang ibu bapa kite untuk membesarkan anak-anak. Jadi, ingatlah wahai anak-anak, janganlah sesekali kite melupakan dan mengabaikan kedua orang tua kite....

SYURGA DI BAWAH KAKI IBU



3 comments:

  1. fuh..terkenang biji sawit rebus dengan gula. tak pun bingka kelapa sawit. Sedap tu....

    ReplyDelete
  2. Cik Senyum- betol2 sedap kan kak biji kelapa tu lau direbus, lemak2
    nenek kite suker buat bingka kelapa sawit SEDAP kan kan kan kan

    ReplyDelete