Monday, 14 November 2011

TELUR PECAH DAGING AYAM huhuhuuuuu

ni masa kat atas kuali


ni dah siap masak dan ready utk dimakan


aku amik resepi ni kat internet, so aku try lah masak malam tadi

senang jer buatnya, tapi bahan yang aku masak ni tak cukup macam yang kat resepi sebenar. apa yang ada aku masukkan je heheee

Bahan - bahan yang aku guna :-
  • Bawang merah (tumbuk)
  • Bawang putih (tumbuk)
  • Halia (tumbuk)
  • 4 biji telur
  • Ayam kisar Ramly
  • Daging rebus potong kecik2 (aku guna daging korban)
  • Serbuk kari & daging Adabi
  • Serbuk cili
  • Garam
  • Bahan perasa
  • Daun sup/bawang (hiris)
  • Cili / lada besar (hiris)
Cara aku masak :-

  • Mula-mula aku panaskan minyak sikit, dah panas tumiskan bahan yang ditumbuk tadi
  • Dah naik bau, masukkan ayam, daging, serbuk kari&daging, serbuk cili, garam & bahan perasa. Kacau2 tunggu sampai ayam daging masak dan rasanya ok
  • Ratakan bahan2 tadi kat kuali leper (mcm lempeng), pastu pecahkan telur sebiji sebiji atas daging&ayam tadi.
  • Telur dah setengah masak, taburkan daun sup dgn hirisan cili tadi.
  • Dah agak2 masak, tengok ok jer, bolehlah angkat dan hidangkan
  • Makan macam tu jer pun sedap makan dgn nasi putih pun sodappppp

SELAMAT MENCUBA !!!

Thursday, 10 November 2011

IDAMAN KU




Alhamdulillah, setelah menyimpan hasrat untuk membeli dan memilki sepasang jubah dan akhirnya aku berjaya... terima kasih Sayang

Walaupun tak mahal, tapi aku suka sgt2 dengan kaler n bunga2 sulam tu

Dan hari ini, Jumaat, 11 November 2011 pertama kalinya aku memakai jubah

Sebelum ni penah jugak pakai 'jubah', 'jubah' mengandung heheheeeee

Bile aku akan mengandung anak ke 2? InsyaAllah ada rezekinya adalah

Tuesday, 8 November 2011

2 TAHUN SUDAH





Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah....anak ku dah berusia 2 tahun pada 4 November yang lalu

Semoga anak ibu akan menjadi seorang anak yang solehah, anak yang hormat orang tua, anak yang pandai dan semua yang terbaik untuknya

Ermmmm sebenarnya masa 4 Nov tu ( hari Jumaat ), aku boleh lupa hari tu hari jadi Comel Sayang ( apalah mak macam ni pun ada ker, anak baru sorang je ni heeeeee...bukan sengaja tp mungkin byk sgt perkara yang diingat n dipikirkan )...tapi mmg pada hari tu, aku rasa lain, macam d benda jer, tapi apa yerrr

sampailah balik keje, dalam kete

Sayang : Bu, balik nanti masak bubur merahlah

Aku : nak buat apa bang?

Sayang : la, lupe ker.... tak senonoh...besday Arissa lah

Aku : tepuk dahi sendiri, Ya Allah ibu luper lah macam mane ni
         kita g beli kek ajelah, dh petang ni nak masak bubur tak sempat

Sayang : Ermmm g kota nak, beli kek dgn KFC

Aku : Xyah lah bang, lom gaji lg kite beli kek jer kat sini. Nti kite beli ayamas tu goreng jer d kentang kat umah ibu goreng mcm wedges, ok x?

Sayang : Ok gaks tu... (senyum)

So, kami g beli kek coklat blueberry ( my favourite ) n ayamas segera tu



Hepi Besday sayang ibu

Sayang ibu dan abah untuk anak ibu selamanya

Jadi anak yang baik k

Setiap saat ibu rindukan Arissa Maisara

Thursday, 3 November 2011

BAHANA MENINGGALKAN SOLAT FARDHU LIMA WAKTU




SUBUH :-
Allah SWT akan mencampakkan nya ke dalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. JIka 1 tahun dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. MasyaAllah, 7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.

ZUHUR :-
Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka, bayangkan  kita telah membunuh 1000 orang muslim. Betapa azabnya kita. Begitu mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat Zuhur yang mana jika lakukan , 15 minit pun tak sampai.

ASAR :-
DOsa sama seperti meruntuhkan Ka'abah. MasyaAllah, sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam? Renungkan berapa kali kita sudah meninggalkan solat Asar dengan sengaja? Dan renungkan juga berapa kali kita sudah meruntuhkan Ka'abah?

MAGHRIB :-
Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri. 

ISYAK :-
Allah SWT berseru kepada mereka " Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal di bumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatKu, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT".


* PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI DAN KEPADA YANG MEMBACANYA*

RAHSIA SOLAT LIMA WAKTU



Ali bin Abi Talib r.a. berkata,
"Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata, 'Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.
' Lalu Rasullullah saw bersabda, 'Silakan bertanya.'
Berkata orang Yahudi, 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'
"Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya.
Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi.
Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.
Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku.
Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir.'
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah saw, lalu mereka berkata, 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.
Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.
' Rasullullah saw bersabda,  'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan.
Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'
Sabda Rasullullah saw lagi, 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'
Selepas itu Rasullullah saw membaca ayat yang bermaksud, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan.
Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan.'
Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.'
Sabda Rasullullah saw seterusnya, 'Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberikan kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu:
                     a) Dibebaskan daripada api neraka.
                     b) Dibebaskan dari nifaq.
"Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasullullah saw, maka mereka berkata,
'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (saw).
Kini katakan pula kepada kami semua, kenapakah Allah SWT mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'
Sabda Rasullullah saw, 'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon khuldi yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam a.s. selama 30 hari. Kemudian Allah SWT mewajibkan ke atas keturunan Adam a.s. berlapar selama 30 hari. Sementara diizin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah SWT kepada makhluk-Nya.'
Kata orang Yahudi lagi,'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu.
Kini terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala yang diperolehi daripada berpuasa itu.'
Sabda Rasullullah saw, 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT, dia akan diberikan oleh Allah SWT 7 perkara:
                    a) Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh daripada makanan yang haram).
                    b) Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
                   c) Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
                   d) Dijauhkan daripada merasa lapar dan dahaga.
                    e) Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang amat mengerikan).
                   f)   Diberikan cahaya oleh Allah SWT pada hari Kiamat untuk menyeberang Titian Sirath.
                   g) Allah SWT akan memberinya kemudian di syurga.'

Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.
Katakan kepada kami kelebihanmu di antara semua para nabi.'
Sabda Rasullullah saw, 'Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat kepada umat saya di hari kiamat).'
Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.
Kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan engkau utusan Allah).'

Peringatan !!!
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Surah Al-Baqarah: ayat 155) "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."
(Surah Al-Baqarah: ayat 286)

untuk bacaan dan peringatan kepada diriku dan kawan2 yang sudi membaca



Thursday, 27 October 2011

KENAPA??????





kenapa


kenapa


kenapa


kenapa begitu


salah perempuan ker


apa lagi yang dicari sehingga sanggup buat begitu


sudah dilayan


sudah buat apa yang disuruh


penuhi segala kehendak dan permintaannya


sudah sedaya upaya untuk menjadi yang terbaik


tapi


bile ini terjadi


hati ini sakit


sedih


pilu


kenapa


kenapa


Ya Allah, berikan kekuatan

ANAK DARA AKU



nama pun anak dara kan

suka mengemas

suka bercakap

suka bergaya

suka bersolek

Comel Sayang dah nak masuk 2 tahun dan Alhamdulillah perkembangannya baik cume tak berapa nak makan nasi huhuhuuuuu

Comel Sayang suker pakai kasut aku yang agak tinggi tu

dah pakai kasut tu, keliling halaman rumah dia berjalan

lagi satu, Comel Sayang suker main-main dengan alat solek aku yang tak berapa nak banyak tu, tu jelah yang ada

habis dibuat main

amik lipice letak kat bibir

amik celak letak kat mata

sapu-sapu eyeshadow guna jari sapu kat pipi, leher (tempat sapu eyeshadow ni dah hilang selepas dibuat main oleh Comel Sayang, sekarang aku guna jari je lah heheh)

amik span bedak, sapu dari muka sampai rambut

penah satu pagi tu, aku siap2 nak g kejer. nak pakailah bedak, tengok jer spannya hilang....haru

cari2.....


..

..

..

rupa2nya dah kene tindih dengan Comel Sayang yang tengah tido.....adoiiiii

tu lah anak dara aku sorang, bucuk aku, cayang aku........heheheh

love u sayang

CARI RESEPI

d waktu terluang atau sambil-sambil buat keje tu, aku suke mancari resepi2 kat internet

tapi....

masaknya tak jugak

aku kumpul jer resepi2 tu dulu, aku bukukan

bila agaknya aku nak try, cuba n test erk......

InsyaAllah nanti aku akan cuba mencuba jugak

heheheheeeeee

ermmm kene tunggu bile datangnya mood rajin itu, kalau nak memasak xde mood nanti tak menjadi jugak

mood datanglah....datanglah

Thursday, 20 October 2011

SUKA ..... SUKI

aku suka ambil gambar dan edit gambar
tapi....aku tak pandai guna adobephoto
yang aku pandai cuma........photoscape

inilah diantara hasil gambar yang aku amik dan siap diedit





kat Melaka...Muzium Samudera


amik gambo ni masa on d way nak g keje


umah papan...umah mertua ku


 

ayam berkumpul dibelakang rumah


 
umah mak abah aku...raya tahun ni kaler hijau



ni Muzium Samudera (sama gambo dgn yg kat atas)



buah hati aku...Arissa Maisara



memang pandai bergaya anakku


love u sayang.....muah

Tuesday, 4 October 2011

KACANG SUSU

wayar yang dari hp ke komputer Sayang punyer tu dah hilang, d lah dlm 1-2 bulan

jenuh cari tak jumpe2...biasalahkan benda yang nak kite guna sesangat time tu lah hilang tapi bile kite tak nak guna d lah pulak depan mata......

so skrg aku dah susah nak anto gambo2 dlm hp ke komputer, so tak de gambolah kat blog aku ni ( gambo yg ori bukan dr google)     theeeeee

aku : abg, ne g wayar yg nak jolok kat kmputer tu. nak tranfer gambo kat komputer ni

Syg : d abg gune bwk g opis aritu...ce cari

aku : abg letak ner?

Syg : ntah, xingat.ntilah cari kat opis ke kat kete


sudahnyer mmg tak jumper


minggu lepas Sayang kene g kursus kat Air Hitam, Kluang

aku ngemaslah apa2 yang patut dibawa baju, suar, kain pelikat, tuala, sabun dan ......yang berkenaan

aku pun gosok lah t-shirt ngan suar yg akan dipakai oleh Sayang nanti

sebelum gosok suar, aku raba-raba dulu

teraselah


d benda


keras


panjang


ehemmmmmm.....


aku pegang


aku kuarkan


tunjuk kat Sayang


aku senyum jer


Sayang sengih






ermmm


aku jumper wayar tu dalam kocek suar dan yang sedihnya takleh digunakan lagi sebab dah terbasuh dgn suar sekali :-).......  :-(


aku sebenonya nak masukkan gambo yang aku amik aritu....gambo Kacang Susu

xpelah aku citer jelah n pinjam gambo kat google...leh kan

KACANG SUSU adalah feveret abah n aku

cara buat, senang jer


buat air susu gdlm gelas/cawan guna susu pekat. guna air sejuk or panas pun ok dan aku suker air yg suam2 jer

pastu kopek kacang gorang (cth:cap tangan) asingkan isi dengan kulitnya


pastu masukkan isi kacang ke dalam air susu dan makanlah


sedappppppp


kacang dengan kulitnya



isi kacang tanpa kulitnya





air susu

k kawan3 ce cuba ce cuba

Tuesday, 20 September 2011

MAKAN ANGIN

Plan nak g beraya umah mak cik kat PD, tapi mak cik xde g beraya umah sedare mare lak so bertukar lah plan...

Kami anak beranak g Melaka Bandaraya Bersejarah pada 16 - 17 September 2011 sempena cuti umum aritu...

Tak jadi g beraya g makan angin lah heheheheee

Pagi tu kami bertolak kol 8 pagi dan Alhamdulillah jalan tak jem dan selamat sampai di Melaka dalam kol 12 lbh. Matahari tengah tegak atas kepala, panas... Nak berjalan guna payung macam leceh pulak sebab Comel Sayang kadang2 mintak dukung so aku pakaikan dia topi...

Kereta paking kat depan Menara Taming Sari so kami berjalanlah di tengah2 panas tu...walau panas tapi seronok sangat sebab ramai orang / pelancong yang datang...

Sesungguhnye Melaka memang best !!!!

Jalan2 sambil2 amik gambo -------- amik gambo kat (aku lupe nama tempat tu ) ada keretapi, ada kapal, ada meriam-------jalan lagi sampai Dataran Pahlawan tapi tak shopping pe pun

Agak2 dah penat dah lapo aku tengok Comel Sayang pun dah letih dah mengantuk jer mata, kami makan kat KFC kat Mahkota Parade... agak cepat sebab kami belom cari hotel untuk tido...

Pusing2 nampak Hotel Seri Costa, Sayang masuk dalam nak tanyer dulu d 0 tak, maklum cuti umum takut penuh... Tunggu d lah 5 minit, risau gak ati ni dapat ke tak...Sayang keluar bawak kertas tersengeh jer haaaa dapatlah tu, Alhamdulillah..yang ada two single bed room, hentam sajalah yang penting d tempat nak tidor. Punggah semua barang masuk dalam bilik, kemas2 diri ingtakan nak tido tapi tak dapat sebab Comel Sayang tak nak baring tak nak tido....mungkin pertama kali tido kat hotel agak jakun kot heheheheh mainnnnnnn jer sampai kol 4 petang kami kuar lagi. Beh dah tak dapat tido nak lepak kat bilik lama2 nak buat apa ye tak baik g jalan lagi....

Destinasi seterusnya ke Pantai Klebang. Sempat beli belacan dan segala benda untuk dibawa pulang.....

Kat Pantai Klebang d orang main layang-layang......ramai orang

Nampak jer air, Comel Sayang pun berkata " itan, bu itan, itan"-----( nak tengok ikan ) heehehehee

Dah agak nak senja kami balik hotel dan malam tu kami tak kuar berjalan sebab badan dah letih benor

Nyenyak kami tidor

Sok paginyer kol 7 g sarapan dan kami ckeck out kol 9 lbh

Sebelum balik singgah sebentar kat Kincir Air Kesultanan Melaka amik gambo-----amik gambo kat kapal yang besar tu----- g beli sikit ole-ole

Dan

Alhamdulillah

Selamat sampai umah kol berapa erk.....2 lbh kot

Meh kite tengok gambo2 kat bawah ni k



ni gambo kat keretapi

ni gambo kapal terbang

Muzium Dunia Melayu Dunia Islam



Bangunan A Famosa...tak larat nak naik sebab dukung Arissa lagi dengan cuaca yang panas




Meriam



Ni kat Dataran Pahlawan...lawakan
macam lukisan dan yang best motosikal tu leh naik tau


Haaa aku ingatkan yang banyak-banyak tergantung tu belacan betul
dah turun dari kereta, nak g membeli belah lah ni, tengok dari dekat rupanya kertas jer dalam tu heheheh
sungguh kreatif kan

Pantai Klebang yang cantik
.
.
tapi d najis pe ntah
orang datang sini untuk bermain layang-layang dan ada jugak yang mandi manda




Tuesday, 13 September 2011

HARI RAYA 2011...SUNGGUH BERMAKNA

Alhamdulillah, dapat aku meraikan hari raya tahun nie dengan sungguh gembira

Dapat sambut dengan Sayang, anak kami dan keluarga kami

Comel Sayang pun dah sihat, Alhamdulillah

Kenapa tahun ni sangat gembira dan bermakna?

Sebab....

Comel Sayang sihat...tahun lepas, lagi 2 minggu nak raya Comel Sayang kene tahan wad kat Hospital KOta TInggi sebab demam panas.... bulan 1 tahun 2011, Coeml Sayang kene tahan kat ICU HSA sebab jangkitan kuman di paru-paru

Sebab tu, raya tahun ni sangat bermakna bagi aku dan Sayang

Dan

kami dapat pakai baju raya dengan tema PURPLE






Wednesday, 24 August 2011

SEPUPU KAHWIN

anak mak long belah suami aku kahwin

anak sulung - nana

bekerja sebagai misi di Perak dan suaminya orang Perak lah

tahniah kepada kedua-dua mempelai, semoga mahligai yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat, AMIN

majlis diadakan pada 30 Julai 2011, 2 hari sebelum bulan Ramadhan

majlisnya simple jer, sebab mak long aku tak jemput ramai tapi tetap meriah dengan kehadiran saudara mara

ada juga karoake yang dikonker oleh sepupu sepapat.... berhibur sakan masing2 termasuklah Sayang heheheheh dan Comel Sayang pun dah pandai nyanyi pakai microfon lagi tau hahahahahha

tema majlis PINK n PUTIH n CREAM.............so sweet

cantik banget

menu : nasi ayam, daging merah, rojak nenas, kuih muih + air mata kucing n air teh bunga ( dibuat khas oleh Pak Ngah )

majlis dimulakan dengan paluan kompang kira-kira jam 2petang

pengantin bersanding dan makan damai / makan beradab

menu : memang sedap, nasi beriani + daging merah + udang +ayam panggang+buah-buahan dll

aku sempatlah makan udang tu heheheheh

ni antara gambar2 yang sempat diambil, sebab sambil melayan Comel Sayang




 ni anak aku dgn makcik Esah tengah karaoke hehehehe

ni balai makan

set untuk melalak dan menyumbangkan suara yang sumbang hahahahaaa

orang kampung dan sedare mare sibuk rewang

ni tempat air....air mata kucing n air teh bunga yang dibuat khas oleh Pak Ngah
sungguh khas

ni 3 orang sepupu yang sibuk basuh pinggan mangkuk

ni pelaminnya...cantikkan

tahniah k nana n pasangannya
semoga berkekalan dan bahagia hingga ke akhir hayat

senyuman manja manis dari pengantin buat semua

MACAM KEMBAR 3

cucu pertama : Aaron Aiman ( lelaki, 8 tahun )
cucu kedua    : Adrian Iman ( lelaki, 6 tahun )

cucu ketiga    : Arissa Maisara ( perempuan, 1 tahun 9 bulan )
cucu keempat : Putri Aleya Natasha ( perempuan, 1 tahun 8 bulan )
cucu kelima    : Aereen Adriana ( perempuan, 1 tahun 6 bulan )

anak aku, Arissa Maisara adalah cucu perempuan pertama dalam family aku dan cucu pertama sebelah keluarga mertua aku...sebab tu anak aku tersangatlah dimanjakan oleh bapak mertua aku ( masa aku ngandung dia ada cakap kalau boleh nak cucu perempuan )

aku bersalin 4 November 2009 dan genap sebulan iaitu 4 Disember 2009 tahun yang sama, kakak ipar aku bersalin anaknya yg pertama. Kata orang2 tua, kalau mengandung sama, kene tukar2 kain batik supaya senang untuk bersalin tapi aku tak sempat nak tukar kain batik dengan kakak ipar aku sebab aku bersalin 1 minggu awal dari tarikh sebenar....Alhamdulillah, semuanya selamat.

dan pada bulan 1 tahun 2010, kakak aku pulak bersalin anak ketiga dan lahirkan baby perempuan ( akak mmg teringin anak perempuan sebab dah ada 2 hero) dan Alhamdulillah anak ketiga nie perempuan.

abah dan mak adalah orang yang paling gembira sebab dapat cucu perempuan sekali 3, hehehehe

kalau kami jumpa di hujung minggu, dah macam kembar 3. suke tengok. bab bergaduh atau berebut barang tu perkara biasa dan mak-mak lah yang kene leraikan kalau tak nanti ada tolak-menolak, dah menangis

Arissa, Putri dan Aereen dah pandai berjalan dan tahun ni kami pakat buatkan baju kurung untuk raya dari kain yang sama, macam kembar, tak sabarnyer nak tengok

Arissa ni tak berapa agresif tapi banyak cakap, Putri pulak suka main sendiri dan tak banyak cakap dan Aereen ni pulak walaupun badan kecik, tapi lincahnyer macam umur 3 tahun



ni anak aku....baru pandai meniarap masa ni



inilah dia kembar 3 tu
tak sabar nak tunggu hari raya, sebab mereka akan pakai baju kurung yang sama


memang meriah kalau cucu2 atok semua berkumpul
ermmm gambar cucu lelaki takde, nanti aku masukkan kalau ada