Wednesday, 20 April 2011

HADIAH HARI JADI

Besday aku dh lama pun berlalu iaitu pada 31 Mac aritu....Alhamdulillah, aku masih bernafas dan hidup utk melihat bumi ini, melihat insan-insan yang aku sayang.


Sayang ada bagi hadiah untuk aku, sungguh terharu. D cerita disebalik hadiah ni.


Dari dulu aku memang tak suker bersolek, pakai hanbeg, kasut tumit....adoiiiii (situasi masa aku bujang la). Aku rasa lau pakai henbeg tu macam anak dare sgt, rimas rasa kat bahu d benda. Kasut tumit lg la, uat sakit kaki pinggang aku jer, lum terpeleot lagi, uat malu diri sendiri jer.Lau bersolek lg aku tak suker, aku dulu pakai lipice jer kat bibir, lau bibir kering aku letak majerin sblm tido, gincu2 ni haihh tak reti aku, rasa kembang, tebal, besau jer bibir tu...


Sekarang dh kahwin n dh d anak, lg aku dh bekerja, kenelah pakai tu semua (jaga nti laki cari lain lak, jauhkanlah).Pakai kasut tumit, henbeg n lipice...(d peningkatan skit ).


Erm baru-baru ni aku d belajo solek dgn kwn opis n tgk cara bersolek kat youtube, Ahamdulillah, d lah perubahan skit. D gak yg tegor nampak lain lah arini ( taim aku solek - pakai gincu, warne2 kat kelopak mate, celak- masih belajo lg)....ni aku beli sendiri, dari AVON.


Nak dijadikan citer, d satu ari tu nak g kije aku ngah tepek2 kaler kat mata, Sayang tgk2 aku sambil tersengih2 ( macam perli tau),ntah mcmner tanpa aku sedo, aku leh nangis, aku rasa masa tu mcm satu dunia ejek aku. dahla aku mmg xpandai solek, pastu ditgk2 sambil tersengih2, terus terang aku sedih sgt2 masa tu...Sayang terdiam (dia pun terkedu tgk aku nangis)...pastu dia pujuk, dia ckp dia xde nait nak ejek aku...pastu Sayang tanyer "betul2 nk bersolek ker"?Aku jwb "nak, tapi lau dh kene ejek malaslah nak teruskan". Sayang pun pujuk aku lg...(mood dh ok sebab dh kene pujuk huhuhuhu)


Sampai satu ari (masa besday aku), Sayang bagi aku hadiah, kotak merah d reben merah.Aku bukak rupa2nyer dlam tu d peralatan solek, jenama Clarins, aku pun tak penah dgr ...d bedak, warne2 kat mata, gincu...(dlm ati sukernyer)...Aku tak kisah hadiah tu mahal ke tak, aku tetap akan menghargainyer kerana aku sayang kat sayang...




Sayang  :  "Suke tak?"
Aku       : "Suke, terima kasih, abang"


Macih Sayang, love u so much










inilah hadiah dari Sayang






ni isi dalamnyer





ni kaler2 kat mate



ni bedak





ni lak kek, pegawai aku bagi (cik rosni )
macih k  !!!










itulah citernyer....heheheheh






Sekian, As-Salam

Sunday, 17 April 2011

HUJUNG MINGGU

Pergggghhhhhhhhhhhhh biaselah hujung minggu memang letih skit, banyak  yang nak dibuat..sampai peluh-peluh basah ketik aku....hilang bedak yg aku tepek pepagi lepas mandi, hilang bau haruman perfium dignti bau yg lagi wangi hahahha...


Pagi td bangun terlewat sikit (xpe, sebab tgh cuti solat). Bangun tido uat sarapan jempot2 ikan bilis dgn air teh O, sedap lh tu.Lepas tu nyapu2 kawasan/keliling2 umah ( ne yg dapat je coz Si Comel Sayang asyik nk mtk dukung)...sapu2 lebih kurang mandikan Si Comel Sayang, aku pun mandi skali...


Dua2 beranak dh sedang elok lawa, wangi2 ni aku g dapur nak memasak lah pulak.menu arini atas permintaan Sayang, SUP KAKI AYAM. memang lauk tu je lh yg aku masak, tu je yg sempat sbb xde org nak tolong pegangkan Si Comel Sayang. Sayang dgn pak mertua n adik2 ipar aku nyimen garaj kat luar, senang nti nak jemur baju sbb dh bersimen...xlah tanah tu jd toilet awam utk si kucing2 n si ayam2.


Siap masak Si Comel Sayang dh ngantuk, aku tidokan dia dulu, pastu ntah mcm ner aku pun tertido skali...hhahahahah


Bangun tido yg lain pun dh siap nyimen, aku siap2kan makan, kiteorg pun mkn.....sup pun dh tgl sikit. Family belah Sayang aku ni tak suke mentong, so lauk tu mmg utk tghari. Ptg karang uat cemil-cemilan jemput2 ke pe2 ker asal boleh dimakan...


Dalam kol 2, aku nyambung nyapu lg, bako2 (gaya usop wilcha) hahaha...dh siap tu aku lap myvi yg dr kaler hitam aku tgk dh kaler kelabu hahahah (saper lah tuannyer tu). Si Comel Sayang dgn Sayang kat dalam bilik ntah main2 pe lah tu, dgrlah suare2                  tup2 senyap (dlm ati kate biarlah).Dh siap aku g dapo, kemas dapo. Nampak lak kaki2 ayam melambai, melantak jap lah heheheh....


Bereh kat dapur, aku ngintip pe berlaku dlam bilik, ermmmmm banak-banak tido rupenyer tu yg senyap.Sorang nonggeng sorg mulut ternganga...d bunyi2 skit.....Aku lak capai laptop (pinjam Sayang punya), tulis entry ni hahahaha....








Ibu sayang kalian berdua....muah muah muah muah muah




Dah haih, peluh pun dh hilang, aku nak g bersiram......bagi wangi2




Salam

Saturday, 16 April 2011

BUAH PEBERET

Nak tau buah peberet aku???


kaler hijau


saiz......d beso    d kecik



lau koning loya tekak aku makan....dan aku memang tak makan lau buah ni kaler koning, plezzzzz 



lau aku tanyer kat orang :

"kat umah d pokok buah ...... x?"

"nape. ngidam ker?"

"dok eh, peberet tu. ngandung ke dok mmg suko mkn"

"d kat umah. nok ke?"

"(senyum suko)....nok nok nok...."   

"(dlm ati kte.....Alhamdulillah)"


kije mmg ngecek org la lau time musim dia sebab kat umah aku, tak dok pokok buah tu haih.

bau dia je dah uat aku terliuq-liuq....

nk tau buah per?



ni ha






























buah pelam mude







uihhhhh, kuar air liuq aku
ni aku sorang pun xcukup










ha, lau masak gini aku xlalu nak makan







kengkawan yang ada pokok n buah ni kat umah, huluq2 ler kat aye........theeeeeee    :-)))))


Wednesday, 13 April 2011

KELAMBU MODEN...

kelambu moden ni ropenyer mcm khemah kemping yg pasang siap tu, tapi dia lutsinar mcm kelambu....sebab tu namanyer  KELAMBU MODEN

aku d beli 1 kelambu moden utk kegunaan masa tido.aku beli online dgn nama akak tu Yanti lau xsilap...aku beli saiz King, RM62.00 inc postage

bagus d kelambu ni, kite dpt tido dgn tenang kerana jauh dari gangguan cik2 nyamuk sekeluarga...

si comel sayang ( anak aku ), lau kene gigit ngan nyamuk habis berbekas2 tangan dia, ciannnnn.So, cara utk aku 'menyelamatkan' si comel sayang adalah dgn membeli kelambu moden nie.

dalam kelambu tu muat 1 tilam kelamin..tp aku guna 2 tilam bujang...

si comel sayang lau nampak kelambu tu dia cakap " bu, bam...bu, bam"...selagi aku tak bentang khemah tu selagi tulah dia akan bercakap "bu, bam....bu, bam"

-"bu, bam" - ibu, nak baring heheheh -

lau terus tido xper ni si comel sayang akan kuar masuk kuar masuk khemah sampai aku yg kadang2 tido dulu heheheh...

kelambu moden ini sungguh praktikal.lau balik ke kg atau g ne2 aku akan bwk kelambu ni...tido banak-banak dalam tu dgn nyenyaknyerrrrr.....zzzzzzzzzzzzzzzz



ginilah rupenya Kelambu Moden tu
tu bantal ngan lampin busuk Si Comel Sayang


ha, tu dia Si Comel Sayang ngah main2


memang tido lambat lau dh bentang khemah nie..adoiiii
ibu dah ngantuk sayang


tu konon2 jer baring mcm nak tido, tapi lepas tu kuar masuk kuar masuk lg



itulah citer pasal Kelambu Moden yg baru aku beli 1 bln lepas

Monday, 11 April 2011

DETIK-DETIK SAKARATUL MAUT

disinilah kita akan disemadikan

Sakaratul Maut adalah peringkat ujian yang paling hebat dan ia juga amat dahsyat sehingga menyebabkan seseorang itu bagaikan rasa mabuk disamping kesakitan yang amat dahsyat. Saat kematian telah ditentukan waktunya, tidak dapat ditunda atau dipercepat dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan kematian seseorang apabila datang waktu kematiannya.

Semua makhluk yang bernyawa pasti akan merasai kematian, sesuai dengan firman Allah SWT :
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga, maka sesungguhnya dia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan didunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”   ( Ali-Imran:185)
NAZAK
Nazak adalah saat terakhir seseorang yang akan menempuhi alam kematian. Nazak adalah ibarat sesuatu yang menyakitkan roh sehingga tidak satu bahagian pun daripada roh yang tidak merasai kesakitan. Kepedihan pada waktu nazak menyerang roh dan seluruh bahagiannya, kerana roh itulah yang dicabut dan ditarik dari setiap urat dan sendi jasad, iaitu bermula dari kepala hingga ke hujung kaki.
Bencana kematian itu terbahagi kepada 3 perkara :-
1.       Kerasnya nazak
2.       Akan melihat rupa malaikat maut
3.       Keluarnya roh serta akan rasa ketakutan dalam hati.

Keadaan ketika nazak :-
Tanda orang Mukmin meninggal. Antara tanda kematian ialah, tumit akan menjadi lembut, hidung menjadi bengkok, alis matanya semakin hilang, kulit muka menjadi tegang dan dahinya berpeluh.
Daripada Abi Buraidah al-Aslami, Nabi SAW bersabda :
Orang Mukmin mati dengan keluar keringat di dahinya” (Riwayat at-Turmuzi dan al-Hakim)
Diriwayatkan juga daripada Salman al-Farisi r.a., dia berkata:
“Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ‘Perhatikanlah tiga perkara pad mayat pada waktu saat kematiannya: Jika keluar peluh di dahinya, berlinangan air matanya dan melebar kedua lubang hidungnya, maka itu adalah rahmat daripada Allah yang turun kepadanya. Jika dia berdengkur seperti unta yang tercekik, pucat warnanya dan berbuih mulutnya, maka itu adalah seksaan daripada Allah yang telah menimpanya ’ “.   (Riwayat at-Turmuzi dan al-Hakim).

Hendaklah kita mengajar kepada orang yang hampir meninggal dunia dengan Kalimah Suci LAA ILAAHA ILLALLAH untuk menyelamatkan dirinya adripada gangguan iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang sedang dalam Sakaratul Maut.
Bersesuaian dengan sabda Rasullah SAW: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: LAA ILAAHA ILLALLAH “.


sumber ini diambil dari majalah ANIS

SEDIH DAN BEST ...

aku suka sangat lagu Nurul Wahab ni, "KERANA TERLUKA".
suara dia memang power

mari kita nyanyi bersama-sama k



inilah dia Nurul..cantikkk

KERANA TERLUKA

Beratnya rasa hati nak melangkah pergi
Tetapi apakan daya aku terpaksa
Buat kali terakhir inginku mengucapkan
Semoga dirimu berbahagia selalu
Tentang diriku ini
Terserah padaMu Tuhan menentukan...

Tak perlu kau bertanya ke mana ku pergi
Pandailah aku menjaga diriku ini
Sekali kumelangkah oh biarlah ku teruskan
Perjalanan ini walaupun sendirian
Hanya Tuhan yang tahu dukalara hidupku ini
Tak terkata, aduhai sayang...


Ku masih lagi teringat
Bicaramu yang terakhir
Pedihnya hingga menikam kalbu
Bisanya...

Selamat tinggal sayangku
Selamat tinggal kasihku
Aku terpaksa pergi dahulu
Kerana terluka hati ini

Kiranya tempias membasahai jendelamu
Itulah airmata yang jatuh di pipiku
Kiranya sang bayu menyentuhi paras wajahmu
Oh itulah rinduku yang menyebut namamu
Setelah sekian lama tak jumpa




Hargailah insan yang kita sayangi selagi ada

Sunday, 10 April 2011

DURIAN OHHH DURIAN !!!

ermmmm sekarang musim derian, tp kat umah mak aku xde pokok derian.Lau nk makan kenelah beli..



Lau d pokok sendiri kan puas makan. Paling aku suker kutip derian yg baru jatuh. Bangun tido g belakang umah carilah derian celah2 semak ke celah2 pokok ke kot2 d...tapi yang pasti celah kelengkang xde k huhuhuh



Aku merasa mengutip derian ni kat umak pak mentua aku. Tak byk pokoknyer tapi cukuplah  utk makan banak-banak (anak-beranak)..


Yang best pasal derian ni, dia leh uat jem...sedap wooo. Mak aku lau d derian yg lebih2 tak dimakan, mak aku akan uat jem. Jem derian sapu kat roti pastukan.....bukak mulut n ngaappp
memang sedap...






inilah rupe jem derian ( amik kat google)



ni lah rupe roti..sapu dgn jem derian


Korang kenal tempoyak tak? ermm dibuat dari derian gak.Cara buatnya cenggini :




inilah dia repunyer si tempoyak
makan dgn nasi panas2...sedap





Durian ~ asingkan isinya..
Garam dan gula secukup rasa.


Cara penyediaan:

Gaulkan isi durian dengan garam dan gula secukup rasa.
Kemudian letakkan di dalam tapis dan biarkan semalaman.ini bertujuan untuk membuang air yang ada di dalam durian tersebut.kemudian bolehlah disimpan durian tersebut di dalam bekas untuk dijadikan tempoyak.

Simpan di dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama..





Kat bawah ni d infu sket pasal derian. Aku amik maklumat d Google



Mari kita membaca ( amalan sihat )....

 


 buah n pokok derian




Durian merupakan tumbuhan dari genus Durio yang menghasilkan buah yang boleh dimakan. Ia banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani dan pasar sayur.
Durian adalah buah tropikal yang berasal dari Asia Tenggara. Warna buah berbeza dari hijau ke perang, dan mempunyai bentuk bujur sehingga bundar.

Buah ini boleh membesar sehingga 30 cm (12 in) panjang dan 15 cm (6 in) diameter, dan lazimnya mempunyai berat antara satu hingga tiga kg (2 hingga 7 lb).

Ciri-ciri durian adalah buah yang mempunyai kulit bersabut yang diselitupi dengan duri yang tajam, mencucuk, dan bau yang kuat dan unik yang terhasil dari isi di dalam, yang dianggap oleh sesetengah orang sebagai berbau busuk. Bahagian buah boleh dimakan adalah isi yang kekuningan, yang menyelitupi biji benih.
Ramai orang menganggap durian sebagai buah yang sedap, ia dipanggil "raja buah" oleh penduduk tempatan. Sebahagian orang barat yang tidak tahan dengan baunya telah menggambarkan buah durian dengan gambaran seperti "makan kastard dalam tandas awam". Terdapat juga gambaran bau durian sebagai bau lori sampah yang baru sahaja melanggar skunk.


POKOK DURIAN


Pokok durian membesar sehingga ketinggian 50 meter dan buah durian boleh tergantung dari sebarang cabangnya. Pada kebiasaan, buah durian boleh mencapai berat 1 hingga 3 kilogram menjadikan ladang durian sebagai kawasan berbahaya pada musim durian. Sebiji durian jika jatuh di atas kepala seseorang mampu menyebabkan kecederaan teruk atau membawa kepada kematian. Pada kebiasaan, pokok durian boleh berbuah selepas 4-5 tahun.
Nama saintifik durian perdagangan adalah Durio zibethinus. Buah durian lain yang boleh dimakan kadangkala terdapat di pasaran tempatan di Asia Tenggara. Nama saintifik spesies lain adalah Durio kutejensis, Durio oxlevanus, Durio graveolens, dan Durio dulcis.
Terdapat banyak klon durian, kesemuanya mempunyai nama bermula dengan "D" dan diikuti dengan nombor. Sebagai contoh, sebahagian klon popular adalah D24, D99, D158 dan D159 (ini adalah " Mon Thong " pelbagai). Oleh kerana durian (adalah tajuk pengkajian di sebahagian institut pertanian, jenis perdagangan diberikan D nombor untuk membezakan mereka dari "piawaian" jenis liar.


TEGAHAN














jangan bawak durian k


Dilarang membawa buah durian di Lapangan Terbang Singapura.
Oleh kerana buah durian berbau busuk bagi sesetengah orang, durian adalah dilarang untuk dibawa di dalam beg sandang di atas pesawat milik sebahagian syarikat penerbangan, dari di bawa di atas sistem pengangkutan transit awam Singapura, atau menyimpan atau makan durian di kebanyakan hotel.


PEMILIHAN



















Bagi setiap mereka yang selalu memakan durian mempunyai cara tersendiri untuk memilih buah terbaik dari timbunan durian. Kebanyakan kaedah ini disampaikan secara berbisik dengan perlahan dan setiap pembeli mempercayai kaedah pemilihannya dapat memastikan pemilihan buah terbaik. Pada masa lalu, kepakaran ini adalah penting. Durian merupakan buah bermusim yang dahulunya dituai sekali setahun. Pada masa kini, durian dituai sekitar dua kali setahun,\ dengan itu bekalan durian meningkat. Disebabkan peningkatan bekalan, penjual retail menjadi lebih bersaing dalam pendekatan mereka.
Memilih buah yang tepat amat penting apabila penjual menjual buah "seperti itu" tanpa dibuka. Masa kini adalah lumrah untuk penjual membuka buah dan menjual bahagian dalam boleh dimakan. Dengan sebegini, melihat bahagian boleh dimakan telah menjadikan teknik pemilihan kurang penting.
Pemilihan durian di ladang adalah mudah. Buah dari pohon yang sama secara umumnya mempunyai ciri-ciri yang serupa. Lazimnya buah di ladang masak dan jatuh dari pokok, jadi kemasakan buah bukanlah sesuatu pekara yang dibimbangkan.
Pemilihan buah dari luar satu ladang adalah lebih rumit. Berikut adalah sebahagian daripada kaedah pemilihan asas digunakan :
  1. Lazimnya kesegaran dari satu buah boleh dipastikan dari tangkainya. Apabila buah telah dialih dari pokok, tangkainya mulai kering. Pekedai yang tidak bermoral akan cuba untuk membalut atau mengecat tangkai untuk menghalang pengesanan mudah. Pekedai yang kurang pintar mungkin juga membuang tangkai durian.
  2. Kebanyakan peminat menggemari buah durian yang isinya kering dan matang. Satu jalan mudah untuk mengetahui samaada isi kering tanpa membuka buah adalah dengan menggoncangkan buah dan mengesan getaran kecil. Isi durian yang lembap melekat pada kulit buah. Isi durian yang kering cenderung untuk berpisah dari dinding buah. Seseorang mestilah berhati-hati agar tidak tercedera oleh duri buah durian ketika melakukan perkara ini.
  3. Durian mungkin diserang oleh perosak yang bertelur di dalam buah yang berkembang menjadi larva seperti ulat. Amat penting ketika membeli buah durian untuk mengelakkan membeli buah yang mempunyai sebarang lubang pada kulitnyanya kerana ini sering kali menunjukkan kemasukan "ulat" ke dalam buah.


MEMBUKA






 












Dicadangkan bahawa mereka yang baru belajar membeli durian agar mendapatkan durian yang telah siap dibuka kerana membuka buah durian agak sukar. Lazimnya ia mudah untuk mencari kedai yang memberi perkhidmatan membungkus isi. Kebanyakan penjual akan membuka buah sebagai satu perkhidmatan apabila pembeli telah bersetuju membelinya. Ini berlaku walaupun jika mereka tidak membungkusnya ke dalam bentuk bungkusan yang lain. Bagaimanapun, buah durian yang dibuka perlu dimakan di dalam tempoh waktu beberapa jam sahaja kerana buah yang dibuka cenderung untuk "berpeluh ". Apabila isi telah mula untuk menghasilkan air, buah durian kehilangan rasanya dan tidak banyak gunanya.
Buah durian boleh dibuka dengan belajar secara berhati-hati belajar dan dengan menggunakan peralatan yang biasa terdapat. Pemeriksaan kulit luar buah akan mendedahkan "garis" sepanjang permukaan di mana duri durian tersusun dalam baris lurus disebalik duri yang kelihatan bertaburan secara rawak pada permukaan lain. Umumnya terdapat sehingga 5 garis sepanjang permukaan buah durian.
Bahagian tangkai durian sepatutnya diterbalikkan dan garisan urat sepatutnya tertumpu satu titik sekitar di bawah buah. Dengan perlahan jolok satu objek tajam ke dalam titik ini. Lazimnya benda seperti penebuk, penjuru pemotong daging ataupun pemulas skru adalah berguna. Kemudian gelongsor objek tajam sepanjang "garia" yang telah dikenal pasti sebelum ini. Ia adalah satu idea yang baik untuk mempunyai satu sarung tangan atau satu kain buruk yang tebal untuk memegang buah durian dengan sebelah tangan, sementara sebelah yang lain melakukan tugasan ini. Satu buah durian yang berputar mungkin kelihatan seperti satu perkara yang kelakar, tetapi tertusuk duri durian adalah risiko yang benar.
Apabila kulit buah durian telah pun terbuka kepada dua bahagian, isi di dalam boleh dimakan. Bahagian ruas selebihnya boleh ditolak dengan menggunakan tapak tangan untuk menolak pada bingkai kulit durian pada bahagian yang bertentangan. Ia boleh membantu untuk mengoyakkan hujung kulit durian sedikit pada sepanjang pusat titik tengah sebelum melakukan ini.


CIRI - CIRI















Durian dianggap sebagai makanan panas dan sesiapa yang terlebih makan durian akan mendapati dirinya berpeluh dengan banyaknya sejurus selepas makan durian. Penawar tradisi ialah untuk minum air kosong dari pangsa kulit buah. Selain itu, musim durian lazimnya berlaku bersama dengan manggis yang dianggap sebagai mempunyai kesan penyejuk kepada badan. Oleh itu, kedua-dua buah-buahan ini lazimnya dimakan bersama.
Orang yang mempunyai penyakit tekanan darah tinggi, secara tradisinya dinasihati mengelakkan durian kerana ia dipercayai mempunyai kandungan yang berkhasiat yang boleh memberi tekanan pada badan.




SPESIES






Terdapat lebih dari 55 jenis durian, tidak termasuk durian klon, antaranya adalah :-
  • Durian burung
  • Dalit
  • Alau
  • Royal Brunei
  • Durian Anjung Lima
  • Tenom Beauty
  • Kekura
  • Raden Mas Ayu
  • Diamond King
Terdapat 190 jenis klon antaranya adalah :-
  • D24
  • D99
  • D123
  • D145
  • D158
  • D159
  • D169




Jom kita makan derian...hahaha

D org xleh makan derian bebanyak, panas nanti...bahaye

Makan sedap....tapi mesti beringat