Tuesday 16 August 2011

MENGHIAS




contoh jer : lampu warna warni

Pejam celik pejam celik dah 17 hari kita berpuasa

Alhamdulillah

Masih dipanjangkan usia, diberi kesihatan untuk meneruskan hidup ini




Di pejabat, aku dibawah Unit Komunikasi Korporat ( UKK )

Setiap tahun untuk bulan Merdeka dan Ramadhan, kami akan ditugaskan untuk menghias lobi

Ok, tahun ni Hari Raya Aidilfitri dan Bulan Kemerdekaan jatuh pada tarikh yang sama, 31 Ogos dan kami ditugaskan untuk menghias lobi dengan menggabungkan kedua-dua perayaan tersebut

Untuk Merdeka, kami letakkan bendera Malaysia dan negeri

Untuk Sambutan Hari Raya, kami hiaskan lobi nie dengan ketupat reben, lampu pelita elektrik dan lampu warna-warni ( ada yg berbentuk ketupat, lawaaaaa )

Tugas aku ialah menganyam ketupat reben, kawan yang lain tolong menghias

Hasilnyer

Alhamdulillah, nampak meriah lobi kami

( tak sempat nak snap gambar, nanti kalau ada gambar aku masukkan k )

K, kepada kawan2 selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri


p/s  :  JANGAN MAIN MERCUN!!!


contoh jer : ketupat reben

No comments:

Post a Comment