Monday, 18 July 2011

PERMAISURI PORT DICKSON

Kali ni aku kene g Kursus Protokal Dan Etiket Sosial di Permaisuri Resorts, Port Dockson pada 15 - 17 Julai 2011.

Tapi kami tak dapat nak berjalan-jalan di PD sbb jadual pack. Nak berjalan puas-puas nanti g sendiri k

Tempatnyer best, menarik

Hujung minggu aritu ramainyer orang, meriah

Malam terakhir kami ada makan malam kat tepi pantai. Tak berjauhan dgn pantai, Kelab Myvi ada buat private majlis kelab diaorang.

Dan, mereka telah menjemput Kumpulan SEPAH buat persembahan tau, tapi mlm tu Mamat takde cume ada Jep n Shuib jer...a'ah semputtttttt

Kami dari jauh cume dpt mendengar jer diaorang buat lawak. Hati masing2 dah meronta2 ni nak g tengok. Nak dijadikan cerita, selesai makan malam tu, kami beramai2 pergilah ke Dewan Makan tu nak tengok Sepah punyer pasal dan seorang waiter yang betugas kat dalam dewan tu bagi kami masuk. Kami masuk ikut pintu belakang dan 'tuan' punyer majlis ada lah yang pandang2 kami. Aku terasalah malu jugak so aku keluar dulu, kawan2 yang lain masih didalam. Tak lama tu, aku tgk kwn2 aku semua keluar, aku tanyer

" naper beb "

" kene halau"

" diorang cakap per"

"maaf ye, ni private majlis, tak  boleh masuk"

hahahahahahah, tapi takper yang penting kami dapat tengok Sepah live punyer..a'ahhh semputttt

Sepah memang best !!!

Jom layan gambar2 yang sempat aku snap




ni bilik yang kami tido. Apartment 3 bilik. 1 masterroom ada bilik air, 2 bilik 1 bilik air. Sungguh selesa


ni kedai menjual perlbagai barangan termasuk kek yang sedap

taman permainan dekat dengan swimming pool dan dewan makan

ni aku snap dari beranda bilik... ramai sungguh orang yang menginap disini

lawakan pemandangan ni...cam nak datang lg

best jer kene tiupan angin. bilik aku kat tingkat 5


banana boat. satu kepala rm10.00... dan aku tak naik disebabkan masalah tertentu walaupun hati nie nak sangat naik

 
1 ni rm6.50....choc moist cake kot nama dia...slalu tgk kek kat nanirostam.blogspot.com sedap jer tu yg aku beli wlupun tak sama

nasi lemak, ayam masak  merah - sarapan hari ahad

telur dadar ada isi

himpunan makanan aku dan kwn2. kami mmg kuat mkn

No comments:

Post a Comment