kalau diingat-ingat, nak ketawa sendiri dibuatnyer
hahahahahahahahah
keletah budak-budak ni kadang boleh buat kite marah, geram, geli hati pun ada
macam gitu juga lah dgn anak aku, Comel Sayang
Umar dah 1 tahun 7 bulan dan dah pandai cakap tapi masih pelat lagi, aku suke berbual dgn Comel Sayang
PERISTIWA 1:
Malam semalam, lepas maghrib aku, Cinta dan Comel Sayang borak2 dalam bilik. Tiba-tiba Comel Sayang tunjuk2 tudung dan suruh aku pakai
aku pakailah tudung tu, kalau tak pakai ada mengamuk nanti. oklah, lepas tu Comel Sayang leh cakap
" lam, lam " ( bantal )
"susu, susu" ( susu )
dan lampin ( tak boleh takde ni, leh buat menangis nanti )
Comel sayang amik bantal, lampin dan susu dia bawak keluar dari bilik terus jalan ke pintu
nak tau Comel Sayang ajak g mana?
ajak g jalan-jalan naik kete
adoiiiiii, anak aku dah pandai nak berjalan
PERISTIWA 2:
malam tadi, maghrib jugak
Sayang tengah solat, aku pulak nak tukarkan pampers Comel Sayang. Anak aku ni kalau dah bukak pampers dan seluar memang susah nak pakaikan semula. nanti dengan keadaan bogel tu dia tergolek-golek atas tilam dan akan berkata
" eii, lau....eii, lau" ( eii, malu )
adoiii, pening pale omak oiii
aku pun pujuk, ibu dengan abah nak g kedai, icha tinggal k sebab tak nak pakai pampers dgn seluar. Mula-mula dia tak layan, aku cakap lg nak g kedai...ermm terus Comel Sayang nak pakai. Oklah
nak tau pe Comel Sayang buat.....
dia tunjuk tudung suruh aku pakai, dan macam malam semalam, dia amik susu, bantal dan lampin dan terus berlari ke pintu
hahaahahah aku dengan Sayang ketawa je lah
dan kami pun keluar jugak g kedai dan sepanjang perjalanan tu mulut asyik cakap
" ne atok, ne atok" ( mana atok - abah aku )
"ne nek, ne nek" ( mana nenek - mak aku )
" ne cik yu, ne cik yu" ( mana ci yus - adik bongsu aku )
* anak aku dijaga oleh mak aku semasa aku kerja dan Comel Sayang ingat kami nak hantar dia balik rumah mak aku *
No comments:
Post a Comment