Tuesday, 5 April 2011

SEDIH......6 APRIL 2011



disinilah hentian kita yang terakhir

Ya .. Allah, sesungguhnya janji MU itu benar...

Hidup...semua benda hidup akan MATI ...TEPAT pada masa yang telah ditetapkan.

Tidak lewat walau sesaat...tidak cepat walau sesaat...

Bilekah MATI itu untuk aku.....Ya Allah, aku takut Ya Allah




Pagi tadi, baru je sampai pejabat...d sorang kawan tanya

kawan : " d dgr citer tak?"
aku : " xde, citer per?"
kawan : " ko kenal Rafidah?"
aku: "(sambil memikir dan mengingatkan)...oooo kenal, naper?"
kawan: " dia dh meninggal pg td, kemalangan"
aku : " (terkejut")..Innalillah, Ya Allah


Arwah Rafidah adalah kawan aku masa sekolah menengah dolu2. Satu kelas, sungguh comel dan seorang yang ceria.....semua kini hanya tinggal kenangan..

Al- Fatihah untuk arwah....



Monday, 4 April 2011

AKHLAK TERHADAP ALLAH

Antara ciri-ciri penting akhlak manusia dengan Allah s.w.t. ialah :

*      Beriman dengan Allah iaitu mengakui, mempercayai dan meyakini bahawa Allah itu wujud serta beriman dengan rukun-rukunnya dan melaksanakan segala tuntutan-tuntutan-Nya disamping meninggalkan segala sifat atau perkara syirik terhadapnya.

*      Beribadah atau mengabdikan diri, tunduk, taat dan patuh kepada Allah iaitu melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan – Nya dengan ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t.


*      Sentiasa bertaubat dan sentiasa mengharap kepada Allah dalam segala usaha dan amalannya. Sega;a gerak-geri hidupnya hanyalah untuk mencapai keredhaan Allah dan bukannya mengharapkan pujian atau perhatian manusia.

*      Melaksanakan segala perkara yang wajib, fardu dan nawafil.


*      Redha menerima qadak dan qadar Allah. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Apabila mendapat kesenangan dia bersyukur dan apabila dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka menjadi  baiklah baginya”.



Sumber dari SOLUSI ISU 28


Sunday, 3 April 2011

MIMPI SEORANG HAMBA YANG INSAF

HAYATILAH KERANA IA SEMATA-MATA UNTUK KEBAIKAN…
Aku bermimpi suatu hari aku pergi ke syurga dan seorang malaikat menemaniku serta menunjukkan keadaan di surga. Kami berjalan memasuki suatu ruang kerja yang penuh dengan para malaikat.

Malaikat yang menghantarku berhenti di depan ruang kerja pertama dan berkata," Ini adalah Seksyen Penerimaan. Disini, semua permintaan yang ditujukan pada Allah, diterima".Aku melihat-lihat sekeliling tempat ini dan aku dapati tempat ini begitu sibuk dengan begitu banyak malaikat yang mengamati seluruh permohonan yang tertulis pada kertas dari manusia di seluruh dunia. Kemudian,.... aku dan malaikat tersebut berjalan lagi melalui koridor yang panjang lalu sampailah kami pada ruang kerja kedua.

Malaikat-ku berkata, "Ini adalah Seksyen Pembungkusan dan Pengiriman. Disini, kemuliaan dan rahmat yang diminta manusia diproses dan dikirim ke manusia-manusia yang masih hidup yang memintanya". Aku perhatikan lagi betapa sibuknya ruang kerja itu. Ada banyak malaikat yang bekerja begitu keras kerana ada begitu banyaknya permohonan yang dimintakan dan sedang dipaketkan untuk dikirim ke bumi.

Kami melanjutkan perjalanan lagi hingga sampai pada hujung terjauh koridor panjang tersebut dan berhenti pada sebuah pintu ruang kerja yang sangat kecil. Yang sangat mengejutkan aku, hanya ada satu malaikat yang duduk disana, hampir tidak melakukan apapun. "Ini adalah Seksyen Penerimaan Pernyataan Terima Kasih", kata Malaikatku perlahan. Dia tampak malu. "Bagaimana ini? Mengapa hampir tidak ada pekerjaan disini?", tanyaku. "Menyedihkan", Malaikat-ku menghela nafas."

Setelah manusia menerima rahmat yang mereka minta, sangat sedikit manusia yang mengirimkan pernyataan terima kasih".
"Bagaimana manusia menyatakan terima kasih atas rahmat Tuhan?", tanyaku.
"Sederhana sekali",jawab Malaikat.
"Cukup berkata,'ALHAMDULILLAHI RABBIL AALAMIIN,Terima kasih, ALLAH' ".
"Lalu, rahmat apa saja yang perlu kita syukuri?”, tanyaku.

Malaikat-ku menjawab,
1. "Jika engkau mempunyai makanan di peti sejukmu,Pakaian yang menutup tubuhmu, atap di atas kepalamu dan tempat untuk tidur, Maka engkau lebih kaya dari 75% penduduk dunia ini.

2. "Jika engkau memiliki wang di bank, di dompetmu,dan wang baki,maka engkau berada diantara 8% kesejahteraan dunia.Dan jika engkau mendapatkan pesan ini,engkau adalah bahagian dari 1% di dunia yang memiliki kesempatan itu.

3. "Jika engkau bangun pagi ini dengan lebih banyak kesihatan daripada kesakitan ...engkau lebih dirahmati daripada begitu banyak orang di dunia ini yang tidak dapat bertahan hidup hingga hari ini. Jika engkau tidak pernah mengalami ketakutan dalam perang, kesepian dalam penjara, kesengsaraan penyiksaan, atau kelaparan yang amat sangat ....Maka, engkau lebih beruntung dari 700 juta orang di dunia".

4. "Jika,........engkau dapat menghadiri Masjid atau pertemuan keagamaan tanpa ada ketakutan akan penyerangan, penangkapan, penyiksaan, atau kematian ... M a k a, .... engkau lebih dirahmati daripada 3 juta orang di dunia.

5. "Jika,....orangtuamu masih hidup dan masih berada dalam ikatan pernikahan ...Maka,.....engkau termasuk orang yang sangat jarang menerima keuntungan itu dari ALLAH.

6. "Jika engkau dapat menegakkan kepala dan tersenyum, maka,.....engkau bukanlah seperti orang kebanyakan, engkau unik dibandingkan semua mereka yang berada dalam keraguan dan keputus asaan.

7. "Jika,...engkau dapat membaca pesan ini,maka engkau menerima rahmat ganda iaitu bahwa seseorang yang mengirimkan ini padamu, berpikir bahwa engkau orang yang sangat istimewa baginya, dan bahwa, engkau lebih dirahmati daripada lebih dari 2 juta orang di dunia yang bahkan tidak dapat membaca sama sekali".

Nikmatilah hari-harimu, hitunglah rahmat yang telah Allah anugerahkan kepadamu.

Dan ingatlah tatkala Tuhanmu menyatakan bahwa,
'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku akan menambahkan lebih banyak nikmat kepadamu'.
(QS:Ibrahim (14) :7 )

Ditujukan pada :

Seksyen Pernyataan Terima Kasih:

"Terima kasih, Allah!Terima kasih, Allah, atas anugerahmu berupa kemampuan untuk menterjemahkan dan membagi pesan ini dan memberikan aku begitu banyak teman-teman yang istimewa untuk saling berbagi". 



"mari kita sama2 saling mengingati, kerana kita mudah lupa"

mari beramal untuk bekalan di SANA...






Saturday, 2 April 2011

DEMAM DAN SELSEMA DAN BATUK

ermmmm tak baik-baik penyakit 3 serangkai ni,,,adoi lepak badan.



Mula2 sakit tekak je, dh perit tekak ni gatal pulak jadilah batuk yang tak hilang lg ni, Suare jgn ckp, dh serak2 basah dh.Dh mcm suara Ella & D Boys hahhaha. Batuk xbaik lg, cik selsema n cik demam lak yg menyinggah kat badan ni.



Ubat dh ditelan tp lom menunjukkan ketiga2 'cik' ni nak 'pulang'...mak sapu tangan jadi peneman setia skrg ni untuk mengelap 'air mata' yang kuar dr hidungku yang mancung ni (perasaan sendiri je hahhaaa)...naik basah mak sapu tangan, cian dia...



Lau dah selsema, 'air mata' asyik kuar je, ne lah selesa nak uat keje...nak masak lg laaa (rasa malas je kan)...  ne nak menumbuk ne nak mengesat 'air mata'. Lau org tgk mesti tak lalu nk makan masakan aku huhuhuhu.















Hidung dh naik merah, telinga pun mcm dh sumbat sikit, badan dh lepak...bile lah 'cik2' ni nak pulang......



" lau sakit, rajin-rajin makan ubat k kengkawan semua"

Tuesday, 29 March 2011

WAHAI SUAMI...

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”


Renung-renungkanlah

SALAM PERKENALAN

Assalammualaikum......Salam Sejahtera

Alhamdulillah, 31 Mac 2011 genap usia CT  27 tahun..ermmm bertambah 1 lg angka hehehe...makin tuek dah Ct nie.   Dan pada tarikh ini juge, blog CT disiarkan secara langsung ( mcm berita lak).


Org nak berblog, CT pun sibuk gak nak berblog, bukan pandai agi pun, tgh blajo2 lg hehehehe.


Saya budak baru belajar, Ambil galah tolong tunjukkan







kek besday for me...HEPI BESDAY TO CT  ( nyanyi sama2 k )