Monday, 14 November 2011

TELUR PECAH DAGING AYAM huhuhuuuuu

ni masa kat atas kuali


ni dah siap masak dan ready utk dimakan


aku amik resepi ni kat internet, so aku try lah masak malam tadi

senang jer buatnya, tapi bahan yang aku masak ni tak cukup macam yang kat resepi sebenar. apa yang ada aku masukkan je heheee

Bahan - bahan yang aku guna :-
  • Bawang merah (tumbuk)
  • Bawang putih (tumbuk)
  • Halia (tumbuk)
  • 4 biji telur
  • Ayam kisar Ramly
  • Daging rebus potong kecik2 (aku guna daging korban)
  • Serbuk kari & daging Adabi
  • Serbuk cili
  • Garam
  • Bahan perasa
  • Daun sup/bawang (hiris)
  • Cili / lada besar (hiris)
Cara aku masak :-

  • Mula-mula aku panaskan minyak sikit, dah panas tumiskan bahan yang ditumbuk tadi
  • Dah naik bau, masukkan ayam, daging, serbuk kari&daging, serbuk cili, garam & bahan perasa. Kacau2 tunggu sampai ayam daging masak dan rasanya ok
  • Ratakan bahan2 tadi kat kuali leper (mcm lempeng), pastu pecahkan telur sebiji sebiji atas daging&ayam tadi.
  • Telur dah setengah masak, taburkan daun sup dgn hirisan cili tadi.
  • Dah agak2 masak, tengok ok jer, bolehlah angkat dan hidangkan
  • Makan macam tu jer pun sedap makan dgn nasi putih pun sodappppp

SELAMAT MENCUBA !!!

Thursday, 10 November 2011

IDAMAN KU




Alhamdulillah, setelah menyimpan hasrat untuk membeli dan memilki sepasang jubah dan akhirnya aku berjaya... terima kasih Sayang

Walaupun tak mahal, tapi aku suka sgt2 dengan kaler n bunga2 sulam tu

Dan hari ini, Jumaat, 11 November 2011 pertama kalinya aku memakai jubah

Sebelum ni penah jugak pakai 'jubah', 'jubah' mengandung heheheeeee

Bile aku akan mengandung anak ke 2? InsyaAllah ada rezekinya adalah

Tuesday, 8 November 2011

2 TAHUN SUDAH





Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah....anak ku dah berusia 2 tahun pada 4 November yang lalu

Semoga anak ibu akan menjadi seorang anak yang solehah, anak yang hormat orang tua, anak yang pandai dan semua yang terbaik untuknya

Ermmmm sebenarnya masa 4 Nov tu ( hari Jumaat ), aku boleh lupa hari tu hari jadi Comel Sayang ( apalah mak macam ni pun ada ker, anak baru sorang je ni heeeeee...bukan sengaja tp mungkin byk sgt perkara yang diingat n dipikirkan )...tapi mmg pada hari tu, aku rasa lain, macam d benda jer, tapi apa yerrr

sampailah balik keje, dalam kete

Sayang : Bu, balik nanti masak bubur merahlah

Aku : nak buat apa bang?

Sayang : la, lupe ker.... tak senonoh...besday Arissa lah

Aku : tepuk dahi sendiri, Ya Allah ibu luper lah macam mane ni
         kita g beli kek ajelah, dh petang ni nak masak bubur tak sempat

Sayang : Ermmm g kota nak, beli kek dgn KFC

Aku : Xyah lah bang, lom gaji lg kite beli kek jer kat sini. Nti kite beli ayamas tu goreng jer d kentang kat umah ibu goreng mcm wedges, ok x?

Sayang : Ok gaks tu... (senyum)

So, kami g beli kek coklat blueberry ( my favourite ) n ayamas segera tu



Hepi Besday sayang ibu

Sayang ibu dan abah untuk anak ibu selamanya

Jadi anak yang baik k

Setiap saat ibu rindukan Arissa Maisara

Thursday, 3 November 2011

BAHANA MENINGGALKAN SOLAT FARDHU LIMA WAKTU




SUBUH :-
Allah SWT akan mencampakkan nya ke dalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. JIka 1 tahun dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. MasyaAllah, 7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.

ZUHUR :-
Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka, bayangkan  kita telah membunuh 1000 orang muslim. Betapa azabnya kita. Begitu mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat Zuhur yang mana jika lakukan , 15 minit pun tak sampai.

ASAR :-
DOsa sama seperti meruntuhkan Ka'abah. MasyaAllah, sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam? Renungkan berapa kali kita sudah meninggalkan solat Asar dengan sengaja? Dan renungkan juga berapa kali kita sudah meruntuhkan Ka'abah?

MAGHRIB :-
Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri. 

ISYAK :-
Allah SWT berseru kepada mereka " Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal di bumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatKu, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT".


* PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI DAN KEPADA YANG MEMBACANYA*

RAHSIA SOLAT LIMA WAKTU



Ali bin Abi Talib r.a. berkata,
"Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata, 'Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.
' Lalu Rasullullah saw bersabda, 'Silakan bertanya.'
Berkata orang Yahudi, 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'
"Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya.
Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi.
Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.
Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku.
Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir.'
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah saw, lalu mereka berkata, 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.
Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.
' Rasullullah saw bersabda,  'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan.
Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'
Sabda Rasullullah saw lagi, 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'
Selepas itu Rasullullah saw membaca ayat yang bermaksud, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan.
Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan.'
Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.'
Sabda Rasullullah saw seterusnya, 'Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberikan kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu:
                     a) Dibebaskan daripada api neraka.
                     b) Dibebaskan dari nifaq.
"Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasullullah saw, maka mereka berkata,
'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (saw).
Kini katakan pula kepada kami semua, kenapakah Allah SWT mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'
Sabda Rasullullah saw, 'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon khuldi yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam a.s. selama 30 hari. Kemudian Allah SWT mewajibkan ke atas keturunan Adam a.s. berlapar selama 30 hari. Sementara diizin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah SWT kepada makhluk-Nya.'
Kata orang Yahudi lagi,'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu.
Kini terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala yang diperolehi daripada berpuasa itu.'
Sabda Rasullullah saw, 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT, dia akan diberikan oleh Allah SWT 7 perkara:
                    a) Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh daripada makanan yang haram).
                    b) Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
                   c) Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
                   d) Dijauhkan daripada merasa lapar dan dahaga.
                    e) Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang amat mengerikan).
                   f)   Diberikan cahaya oleh Allah SWT pada hari Kiamat untuk menyeberang Titian Sirath.
                   g) Allah SWT akan memberinya kemudian di syurga.'

Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.
Katakan kepada kami kelebihanmu di antara semua para nabi.'
Sabda Rasullullah saw, 'Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat kepada umat saya di hari kiamat).'
Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.
Kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan engkau utusan Allah).'

Peringatan !!!
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Surah Al-Baqarah: ayat 155) "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."
(Surah Al-Baqarah: ayat 286)

untuk bacaan dan peringatan kepada diriku dan kawan2 yang sudi membaca