Monday, 21 May 2012

Kelebihan Bulan Rejab


Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur’an atas segala Qalam.
1.Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

2. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

3. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

4. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

5. Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:
* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

6. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

7. Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

8. Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.
Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

9. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
“Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau”.(dari kitabRaudatul Ifkar)
Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

10. Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

11. Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.
Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur’an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta’zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.


Tuesday, 27 March 2012

KISAH NABI SULAIMAN DAN PEMUDA YANG BERBAKTI KEPADA IBU BAPA

( hanya gambar hiasan yang dia,bil dari Google)


Nabi Sulaiman adalah anak kepada Nabi Daud A.S. Sejak kecil lagi Nabi Sulaiman sudah pandai memberi pendapat yang adil dalam satu-satu hal.

Setelah wafatnya Nabi Daud, Nabi Sulaiman membesarkan kerajaan di bawah pimpinannya.

Pada suatu hari, Nabi Sulaiman mengadakan perjalanan bersama rombongannya yang terdiri daripada manusia dan jin. Tujuannya adalah untuk melihat kebesaran Allah S.W.T.
Perjalanan mereka pun tiba di tepi laut, tiba-tiba Nabi Sulaiman terpandang suatu benda yang menakjubkan di dalam laut. Dia memerintahkan pada jin Ifrit, “Wahai Ifrit, cuba kamu lihat ke dalam laut, ada suatu benda yang menakjubkan aku, oleh itu kamu bawakan ia kemari”.
Jin Ifrit yang sememangnya gagah tak banyak bercakap kerana takut akan murka Nabi Sulaiman dan terus menyelam ke dasar laut, namun dia tidak berjumpa apa-apa.
Kemudian Nabi Sulaiman menyuruh jin yang lain menyelam untuk mendapatkan benda terbabit, namun malangnya jin tersebut pun gagal berbuat demikian.
Akhirnya Nabi Sulaiman pun berkata kepada Ashif bin Barkhiya, yakni orang yang mendapat ilmu terus dari Allah, “Sekarang aku perintahkan kepadamu agar pergi ke laut dan dapatkan benda ajaib yang aku maksudkan”.
Ashif bin Barkhiya pun menyelam dan terlihat suatu benda yang menyerupai kubah yang diperbuat dari kapur putih.
Dengan kekuatan yang luar biasa, Ashif bin Barkhiya membawa naik kubah ajaib tersebut dari dasar laut dan mempersembahkan kepada Nabi Sulaiman.

Apabila Nabi Sulaiman melihat kubah itu dan berkata, “Wah, alangkah indahnya benda ini, tapi mengapakah aku tidak dapat melihat isi kandungan dalam benda ini padahal Allah telah memberikan mukjizat yang mana penglihatanku dapat menembusi segala sesuatu”.
Nabi Sulaiman pun berdoa kepada Allah supaya dia dapat melihat isi di dalam kubah berkenaan dan Allah memperkenankan doanya. Sejurus selepas berdoa, maka terbukalah kubah tersebut dan Nabi Sulaiman melihat ada seorang pemuda yang sedang sujud dan bertasbih memuji Allah.
Nabi Sulaiman lalu berkata, “Maha suci Allah lagi Maha Besar”. Mendengar seruan Nabi Sulaiman, maka pemuda itu pun bangun dari sujud lalu memberi salam.
Nabi Sulaiman menjawab salam dan memulakan pertanyaan, “Siapakah kamu wahai pemuda! Adakah kamu malaikat, jin atau pu manusia?” Jawab pemuda itu, “Aku hanyalah seorang manusia biasa”.
Nabi Sulaiman bertanya lagi, “Apakah yang membuat kamu memperolehi kemuliaan sedemikian rupa? Apakah amal yang pernah engkau kamu lakukan sehingga Allah menurunkan rahmat dan berkah yang tidak ternilai ini kepada kamu?” Pemuda itu berkata, “Saya berbakti kepada kedua ayah dan ibuku”.
Nabi Sulaiman bertanya lagi, “Bagaimanakah kamu berbakti kepada orang tuamu?”
Jawab pemuda itu, “Saya memelihara mereka berdua sehingga mereka lanjut usia. Kedua ayah dan ibuku adalah orang yang soleh, mereka sangat takut dan taat kepada Allah. Sejak saya kecil hingga dewasa, mereka memelihara saya dengan baik sekali, mereka juga selalu mendoakan saya agar saya menjadi seorang yang soleh. Bapa saya meninggal dunia dalam usia lanjut dalam pemeliharaan saya dan yang tinggal hanya ibu saya yang sudah tua, lemah dan sakit serta matanya buta dan kakinya lumpuh”.
Sambung pemuda itu lagi, “Saya satu-satunya orang yang merawat dan menguruskan keperluannya. Saya selalu mengangkatnya untuk mandi dan saya memandikannya. Segala urusan makan dan minum saya uruskan dan sayalah yang menyuap makanan padanya. Ibu saya selalu mendoakan supaya saya dikurniakan ketenangan dan kepuasan dalam hidup serta memberikan saya setelah wafatnya sebuah tempat yang bukan di dunia atau pun di langit. Setelah ibu saya wafat, saya berjalan-jalan di tepi laut dan saya lihat ada suatu kubah dari mutiara. Saya mendekati kubat tersebut dan pintu kubah terbuka. Apabila saya masuk ke dalam, pintu kubah ini tertutup, maka tidaklah saya ketahui sama ada saya berada di bumi atau langit”.
Nabi Sulaiman bertanya, “Kamu hidup di zaman mana?” Pemuda itu menjawab, “Saya hidup di zaman Nabi Ibrahim A.S”.
Nabi Sulaiman mengirakan umur pemuda tersebut dan dalam kiraannya umur pemuda itu telah mencapai 14,000 tahun, tetapi tiada satu uban pun pada rambutnya.
Nabi Sulaiman lalu bertanya, “Apakah tuan merasakan nikmat Allah? Bagaimana Allah memberikan rezeki padamu dalam kubah ini?” Pemuda itu berkata, “Setelah saya berada di dalam kubah ini, maka tahulah saya bahawa Allah telah menciptakan syurga khusus buat saya”.
Nabi Sulaiman teringin sangat melihat syurga yang pemuda itu katakan. Kemudian pemuda itu pun berdoa kepada Allah lalu suasana di dalam kubah yang gelap tiba-tiba bertukar menjadi terang-benderang.
Terkejut Nabi Sulaiman sambil berkata, “Maha suci Allah seru sekian alam”. Satu pemandangan yang tak ada di dunia ini terpampang di hadapan Nabi Sulaiman dan rombongannya di mana terdapat pokok-pokok, kebun yang indah, kolam air susu dan madu serta suara-suara yang merdu di dalamnya.
Pemuda itu berkata, “Jika saya lapar, saya makan bermacam-macam buah-buahan yang pelbagai macam cita rasa, semua makanan yang saya ingin akan tersedia dan kalau saya haus, akan tersedia pula bermacam-macam jenis minuman yang paling lazat”.
Nabi Sulaiman bertanya lagi, “bagaimana kamu dapat mengetahui siang atau malam?” Jawab pemuda itu, “Apabila terbit fajar maka kubah ini akan menjadi putih dan apabila matahi terbenam kubah ini akan menjadi gelap”.
Kata pemuda itu lagi, “Cukuplah, sebab saat ini saya harus mengadap kembali pada Allah untuk solat dan zikir, bertasbih dan mengsucikan serta memuji kebesaranNya”.
Nabi Sulaiman dan rombongannya segera keluar dari kubah tersebut dan pemuda itu berdoa kepada Allah, lalu tertutuplah kembali kubah itu. Nabi Sulaiman termenung sejenak memikirkan peristiwa yang dilihatnya sebentar tadi dan mengarahkan Ashif bin Barkhiya untuk membawa kubah tersebut kembali ke dalam laut di tempat asalnya.
Setelah itu Nabi Sulaiman berkata kepada rombongannya, “Untuk pertama kali aku menjumpai tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah, aku bersyukur kepada Allah dan semoga bertambah iman dalam sanubariku. Maha suci Allah dan segala puji bagi Allah dan aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar dan tiada daya dan kekuatan apa pun di dunia ini melainkan dengan kehendak Allah S.W.T”.

Thursday, 22 March 2012

CUET...COMEL...CANTIK

Heheheehehee tahniah kepada Yusry dan Lisa yg baru mendirikan rumahtangga..Ada makna ker aku buat ucapan ni? Macam lah diaorg kenal aku kan ahakssss, tapi xpe saje aku suke2 nak tulis kat entry kali nie...

Aku suke tengok 2 pasangan pengantin yg pada aku sesangat lah comelnyer, iaitu :

Norman dan Memey
Yusry dan Lisa


Tak kisah lah kan pasal gosip2 yang tak sedap didengar masa weeding diaorang ni, aku cume suker tgk pengantin perempuan yang comel dan cantik tu jer...Bestkan kalau dianugerahkan muka yang cantik, kulit yang sihat....ermmmmmm ?????????? sedihnyer


(gambo2 yang aku amik dari google)




sungguh cantik dan comels kan





suker tengok mereka   ----,@

Tuesday, 13 March 2012

MENIARAP...AKU TAK BOLEH





Aku xleh tido meniarap dan meniarap dlm tempoh yg lama
Kalau aku meniarap, pasti aku akan sakit perut yg amat sgt dan akan pergi 'bank' 3-4 kali...aku xlarat

Dulu, masa muda2 aku leh jer meniarap, buat homework meniarap, baring2 meniarap, tdo mlm meniarap tapi aku pun tak perasan sejak bile aku xleh nak meniarap...

Kat bawah ni, aku nak kongsi sedikit maklumat berkaitan tidur meniarap:


Larangan tidur meniarap

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال:
رأى رسول الله صلى الله عليه وسلم رجلاً مضطجعاً على بطنه فى المسجد ،
فقال: " إن هذه ضجعة لا يحبها الله و رسوله "

maksudnya: daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW telah melihat seorang lelaki tidur dalam keadaaan meniarap didalam masjid lalu berkata :
" sesungguhnya meniarap tidak disukai Allah dan Rasulnya "

hadis lain:

Abu Ummah RA meriwayatkan, "Suatu ketika Nabi SAW menghampiri seorang lelaki tidur di masjid dengan kedudukan meniarap, menelungkupkan wajahnya, baginda langsung menendang kakinya sambil berseru "
"Bangun dan duduklah, sesungguhnya kedudukan tidur demikian adalah kedudukan tidur di neraka Jahannam."

Tuesday, 28 February 2012

" PEMUTIHAN "

Semalam aku cuti emegensi, coz anak dara aku tu demam...panas badan dia, cian. Lau anak demam ni mmg tak sampai ati, bio lah aku yg demam jgn anak demam

Isnin malam dh bwk g klinik, panas 37.1, balik bg ubat tido....mlm panas lg, aku jelumlah kepala dgn badan dia, surut lah panas tu dan tdo dgn nyenyak sampai pg. Arini aku keje sbb anak aku demam tak lah lembik jer, terbaring jer, lau mcm tu d 2 minggu aku cuti jg anak, tp Alhamdulillah dia demam ni masih boleh main mcm biasa, so tak brp risau aku nk g keje lg2 mak yg tolong jaga anak aku...Macih mak

Dan semalam disebabkan cuti yg tak tersengaja tu, aku dan suami mengambil kesempatan utk melakukan kerja2 "pemutihan" - iaitu mengemas bilik tido kami. Sejak ada anak, kami tak tido atas katil, tp tido atas tilam diatas lantai yg bersimen. So, suami aku bagi sejjessen, suh kuarkan katil tu biar sama2 tido kat bawah dan lebih selesa dan luas skit lah bilik tu..Katil tu kami bg pada adik suami ku, suke dia....

Skali dah mengemas, haa amik kau, satu kete sorong sampah / barang2 yg tak terpakai dibuang

Dan malam tadi kami tido dgn damaiiiiiiiiiiiiiiiii

Tuesday, 14 February 2012

HAI, ADIK AKU SORANG NI

Aku nak cite pasal adik lelaki aku yg umo dia 14 tahun, berbelajo kat sekolah menengah, menaiki bus yg sama dgn kakak, abg n aku naik ( punyer lama bus tu, akak aku jer dh umo 32thn )ermm cume yg bertuko drebar bus jer....semoga adik aku dan budak2 yg lain tu selamat pegi dan balik sekolah, Amin

Adik aku ni yg bongsu ni, dia d habit pada aku pelik lah, tak tau pd korang kan....

Dia kalau tgk tv, baring kat tilam, dia akan amik pemyembur air tu sembur kat kaki ( tapak kaki ) sampai basah sampai tilam dgn tikar buluh yg mak aku beli ( dan sekarang dh tuko dgn tikar baru ) d byk taik lalat dan tikar buluh yg mula2 tu rosak sbb kene air tu hari2. Ni mak dh tuko tikar baru tgk je lah tahan lama ke tak. Aku dah cakap xyah letak tiko kat situ, sayang nti rosak lagi, tp mak ckp tak lawo plak xde tikonyer, kalau rosak ye beli lagi.......heheheeeeee

Haaaaa, sekarang jer dia pakai air, sebelum2 ni sebelum dia mencapai umo utk sekolah nak tau dia pakai apa untuk basahkan tapak kaki dia tu.......MINYAK GAMAT ok . Dia leh lumur minyak tu kat kaki dia, tapak kaki sampai basah, asal baring tgk tv jer dia buat lah adegan basah2 tu, adoiiii.....yg penting nk tido tu mesti basahkan kaki dulu....

Penah dulu balik kg kat Pontian, mak terlupe nak bawak minyak gamat tu, dah merajuk adik aku ni so sebagai penggantinya mak aku bagilah sujjessen kat adik aku ni pakai air jer senang...so dari situlah adik aku beralih dari minyak ke air hahaaaaaa

Pe pun aku sayang adik aku dan keluarga aku.....

LAMA NYERRR

Hai, semua kawan2....pe kabo? Lama sungguh aku tak dapat nak update blog ni disebabkan masalah yg ntah lahhhh

Sabo je lahhhhh

Ermmmm nak tulis pe erk

Nak upload gambo, gambo masih d dalam camera    aduhaiiiiiii. Kene tunggu suami aku pindahkan gambo tu dulu masuk dlm pendrive, bile tu ntahlahhh.....aku tunggu je lah hehehe

K, kawan2 semua semoga hari anda hari ini ceria2 selalu

Opps sebelum terlupe, TAHNIAH kepada kwn opis, Mama Dayah yg dh selamat dapat baby sulung, baby boy....TAHNIAH

Monday, 16 January 2012

HU HU HU

hai hai hai, lama sungguh aku tak dapat nak update blog nie.....


ermmm just nak berkongsi, aku sekarang tgh gian menonton citer KOREA heheheheeeee

jom layannnnnnn