Wednesday 27 July 2011

EDIT MENGEDIT

tak tau lah nak kate minat, memanglah minat, nak kate hobi, leh lah jugak isi-isi masa lapang

kadang-kadang d gak kawan-kawan yang mintak tolong

aku tolonglah sebab aku suker buat

taklah power dan gempak sangat hasilnyer, tapi kalau diaorang suka, puas hati dan kate CANTIK

Alhamdulillah....aku pun tumpang gembira sama

aku guna Photoscape jer

inilah diantara hasil yang telah diedit


















































SELAMAT BERPUASA SEMUA BLOGGER



Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.
Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya.

Niat puasa Ramadhan
Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.
Lafaz niat
Lafaz setiap malam. Niat ringkas:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.
Lafaz lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
  • Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.
Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:
Lafaznya:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
  • Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
  • Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:
“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

Waktu berniat
Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.
Syarat wajib puasa
Orang-orang Islam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan:
  • Berakal/waras
  • Baligh (cukup umur)
  • Mampu/tidak uzur.
Syarat sah puasa
Manakala syarat puasa itu diterima di dalam Islam (sah) ialah:
  • Orang Islam
  • Berakal - tidak sah jika gila atau kanak2 belum mumayyiz
  • Suci daripada haid dan nifas
  • Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa.
Rukun puasa
Rukun puasa ada dua, iaitu:
  • Berniat pada malam harinya
  • Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.
Sunat puasa
Perkara-perkara berikut disunatkan ketika berpuasa:
  • Makan sahur serta melambatkannya
  • Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis atau air
  • Menjamu orang-orang berbuka puasa
  • Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan.
Perkara yang membatalkan puasa
Manakala perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa jika terjadi:
  • Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun,seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja
  • Keluar darah haid atau nifas
  • Gila (hilang akal)
  • Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
  • Merokok disiang hari.(Termasuk menghisap ganja atau dadah)
  • Murtad (keluar dari Islam)
  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya.Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara kedalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga(dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).
Mereka yang diizinkan berbuka
Terdapat kelonggaran (harus) kepada golongan yang berikut untuk berbuka:
  • Orang yang sakit .
  • Orang yang berkerja buruh.
  • Orang yang dalam musafir (perjalanan).
  • Orang tua yang sudah lemah.
  • Orang yang hamil dan ibu yang menyusukan anak.
Doa buka puasa
اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت
Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan

SELAMAT BERPUASA SEMUA.
SEMOGA AMALAN KITA DITERIMA OLEH ALLAH TA'ALA....AMIN

Monday 25 July 2011

ANAK...ANAK

kalau diingat-ingat, nak ketawa sendiri dibuatnyer

hahahahahahahahah

keletah budak-budak ni kadang boleh buat kite marah, geram, geli hati pun ada

macam gitu juga lah dgn anak aku, Comel Sayang

Umar dah 1 tahun 7 bulan dan dah pandai cakap tapi masih pelat lagi, aku suke berbual dgn Comel Sayang

PERISTIWA 1:

Malam semalam, lepas maghrib aku, Cinta dan Comel Sayang borak2 dalam bilik. Tiba-tiba Comel Sayang tunjuk2 tudung dan suruh aku pakai

aku pakailah tudung tu, kalau tak pakai ada mengamuk nanti. oklah, lepas tu Comel Sayang leh cakap

" lam, lam "  ( bantal )

"susu, susu"   ( susu )

dan lampin ( tak boleh takde ni, leh buat menangis nanti )

Comel sayang amik bantal, lampin dan susu dia bawak keluar dari bilik terus jalan ke pintu

nak tau Comel Sayang ajak g mana?

ajak g jalan-jalan naik kete

adoiiiiii, anak aku dah pandai nak berjalan

PERISTIWA 2:

malam tadi, maghrib jugak

Sayang tengah solat, aku pulak nak tukarkan pampers Comel Sayang. Anak aku ni kalau dah bukak pampers dan seluar memang susah nak pakaikan semula. nanti dengan keadaan bogel tu dia tergolek-golek atas tilam dan akan berkata

" eii, lau....eii, lau"  ( eii, malu )

adoiii, pening pale omak oiii

aku pun pujuk, ibu dengan abah nak g kedai, icha tinggal k sebab tak nak pakai pampers dgn seluar. Mula-mula dia tak layan, aku cakap lg nak g kedai...ermm terus Comel Sayang nak pakai. Oklah

nak tau pe Comel Sayang buat.....

dia tunjuk tudung suruh aku pakai, dan macam malam semalam, dia amik susu, bantal dan lampin dan terus berlari ke pintu

hahaahahah aku dengan Sayang ketawa je lah

dan kami pun keluar jugak g kedai dan sepanjang perjalanan tu mulut asyik cakap

" ne atok, ne atok"   ( mana atok - abah aku )
"ne nek, ne nek"      ( mana nenek - mak aku )
" ne cik yu, ne cik yu"   ( mana ci yus - adik bongsu aku )

* anak aku dijaga oleh mak aku semasa aku kerja dan Comel Sayang ingat kami nak hantar dia balik rumah mak aku *

Monday 18 July 2011

PERMAISURI PORT DICKSON

Kali ni aku kene g Kursus Protokal Dan Etiket Sosial di Permaisuri Resorts, Port Dockson pada 15 - 17 Julai 2011.

Tapi kami tak dapat nak berjalan-jalan di PD sbb jadual pack. Nak berjalan puas-puas nanti g sendiri k

Tempatnyer best, menarik

Hujung minggu aritu ramainyer orang, meriah

Malam terakhir kami ada makan malam kat tepi pantai. Tak berjauhan dgn pantai, Kelab Myvi ada buat private majlis kelab diaorang.

Dan, mereka telah menjemput Kumpulan SEPAH buat persembahan tau, tapi mlm tu Mamat takde cume ada Jep n Shuib jer...a'ah semputtttttt

Kami dari jauh cume dpt mendengar jer diaorang buat lawak. Hati masing2 dah meronta2 ni nak g tengok. Nak dijadikan cerita, selesai makan malam tu, kami beramai2 pergilah ke Dewan Makan tu nak tengok Sepah punyer pasal dan seorang waiter yang betugas kat dalam dewan tu bagi kami masuk. Kami masuk ikut pintu belakang dan 'tuan' punyer majlis ada lah yang pandang2 kami. Aku terasalah malu jugak so aku keluar dulu, kawan2 yang lain masih didalam. Tak lama tu, aku tgk kwn2 aku semua keluar, aku tanyer

" naper beb "

" kene halau"

" diorang cakap per"

"maaf ye, ni private majlis, tak  boleh masuk"

hahahahahahah, tapi takper yang penting kami dapat tengok Sepah live punyer..a'ahhh semputttt

Sepah memang best !!!

Jom layan gambar2 yang sempat aku snap




ni bilik yang kami tido. Apartment 3 bilik. 1 masterroom ada bilik air, 2 bilik 1 bilik air. Sungguh selesa


ni kedai menjual perlbagai barangan termasuk kek yang sedap

taman permainan dekat dengan swimming pool dan dewan makan

ni aku snap dari beranda bilik... ramai sungguh orang yang menginap disini

lawakan pemandangan ni...cam nak datang lg

best jer kene tiupan angin. bilik aku kat tingkat 5


banana boat. satu kepala rm10.00... dan aku tak naik disebabkan masalah tertentu walaupun hati nie nak sangat naik

 
1 ni rm6.50....choc moist cake kot nama dia...slalu tgk kek kat nanirostam.blogspot.com sedap jer tu yg aku beli wlupun tak sama

nasi lemak, ayam masak  merah - sarapan hari ahad

telur dadar ada isi

himpunan makanan aku dan kwn2. kami mmg kuat mkn

Monday 11 July 2011

TERKUNCI...

Hari ni Sayang cuti sebab nak g spital, so aku g keje sendiri dengan meminjam kereta Kancil kepunyaan abah.

Kol 5.00ptg, aku balik kejer. Sblm Sayang amik aku dgn Comel Sayang, aku akan mandi, solat dan makan dulu kat rumah mak aku ( mak aku jaga Comel Sayang time aku kejer ). 

Sampai rumah, Comel Sayang dgn mak tgh duduk kat buai.

" Tu bu...bu...bu..bu...bu "  gitulah lau Comel Sayang panggil aku

Aku terus g mandi. Naik mandi tu, Comel Sayang follow aku masuk bilik. Aku dah siap2 tu, aku nak g dapur, nak makan. Aku perasan Comel Sayang follow aku keluar dari bilik tu. Oklah

Aku senduk nasi, bukak tudung saji, lauk sedap tu, sotong ada, kacang brendi ada, terung goreng cicah sambal asam pun ada, memang membuat perut aku lapo lah...

Tiba-tiba aku dgr bunyi " bam".......bunyi orang tutup pintu 

Aku toleh belakang, Comel Sayang takde...Ya Allah, anak aku TERKUNCI dalam bilik 

- pintu bilik aku tu sememangnya dah rosak. Kalau kat dalam bilik takde orang dan pintu tertutup memang tak boleh bukak dan kalau ada orang pun kat dalam tapi tak pandai cara nak bukak, tak boleh kuar gak dan tkde kunci spare )  amik ko lau terkunci, tak ke haru -

Haru sgt2 sebab ANAK AKU kat dalam bilik sorang2. Aku dh gelabah, abah pulak takde.

 Mak cari kunci apa yang ada, cucuk kat lubang pintu....tak boleh

Aku amik pisau, cucuk2...tak boleh

Pulas2 tombol pintu...tak boleh

Hati dah tak keruan ni, Comel Sayang sorang2 dalam bilik..aku capai tudung bawak motor ngalah mat rempit punyer laju ( nak cari abah ), tak jumper pulak. Kebetulan jumper kawan abah, aku tanyer

" Cik, nampak abah tak?"

" Tu"     fuh abah ada, lega ( abah tgh beli rojak n cendol kat pasar malam )

" Naper?"

" Arissa terkunci dalam bilik. Cepat bah"

" Ya Allah"

Sampai rumah, abah try cungkil pakai skru driver ....tak boleh

Comel Sayang dah meraung gila2 dalam bilik. Aku nak menangis, tapi aku tahan. Aku panggil2 nama dia supaya dia tak takut,,,,Ya Allah selamatkanla anakku

Habis cara, abah mintak tangga. Abah panjat siling kat bilik, abah kopakkan. Abah dapat masuk, Comel Sayang senyap sekejap. Syukur, anak aku selamat. Aku, Sayang, abah n mak bergilir2 cium Comel Sayang.

Dapat je bukak pintu, aku terus peluk, dukung, cium Comel Sayang.. Pucat muka dia. Sambung nangis lagi. Aku bagi air masak....habis dia minum, dia nak susu....habis...cian anak ibu, haus. Mata dah bengkak...

Aku baringkan depan tv, bukak kipas.....berpeluh-peluh basah baju. 5-10 minit ada Comel Sayang terkunci dalam bilik tu. Aku pok-pok sampai Comel Sayang berenti menangis.

Terima kasih abah. Kalau takde abah, tak tau nak buat apa.. ada pintu tu aku robohkan hahahahaaaaa

Dan, selera nak makan aku pun hilang pada masa tu....

**** pengajaran, awasi anak anda setiap masa ****





SAYANG KAMU






Monday 4 July 2011

NAK IKUT KER...


Orang dolu-dolu memang banyak dengan pantang larang, itu tak boleh ini tak boleh tapi itu semuanya ada sebab dan semuanya adalah untuk kebaikan diri kita. terpulang pada kita samada nak ikut atau tidak.

Ada jugak mak abah kita yang masih ikut pantang larang nie kan. Dan aku pun terikut-ikut gak macam tak boleh makan atau minum menggunakan cawan atau pinggan yang sompek / pecah dibahagian tepi. Tak boleh sebab membahayakan nanti leh luka mulut atau tangan kite.


Kat bawah ni, d sikit2 pantang larang yang biasa kite dengar :


  • Jangan potong kuku diwaktu malam

  • Kat dalam rumah, jangan bukak payung nanti ular masuk rumah..Lau rumah flat dok tingkat 10, ular larat ke nak panjat?????

  • Jangan menyapu dalam rumah waktu malam, nanti rezeki tak masuk
  • Jangan duduk atas bantal, nanti bontot hang tumbuh bisul...sakit wooo

  • Kalau baring meniarap, jangan kaki disilang keatas, dikatakan nti orang tua kite meninggal ( ajal maut Allah yang tentukan)

Pantang bersiul didalam hutan, nanti disambar langsuir

  • Jangan makan kepala ikan atau kepala udang, nanti tak pandai
    • Jangan lalu bawah ampaian/jemuran baju, nanti muka tak cantik ( untuk yang pakai susuk)
    • Anak dara jangan duduk kat tangga atau muka pintu, nanti lambat jodohnye
    • Kalau nampak pelangi atau tahi bintang jangan tunjuk2, takut nanti jari ke tangan kudung
    • Jangan pijak / langkah nasi yang jatuh kat lantai/tanah, nanti tido malam mengigau
    • Kalau tengah makan tu, jangan pindah2, nanti kahwin banyak..lau lelaki sukerlah....i follow
    • Masa duduk jangan goyang2 kaki, nanti tak lepas dari hutang
    • bagi orang pompuan, jangan menyanyi kat dapur atau masa memasak, nanti kahwin dengan orang tua
    • Jangan tengok cermin diwaktu malam, nanti muke tak cantik  
Kite follow mana yang baik k