Saturday 28 May 2011

MASAK-MASAK

As-Salam...


Hari cuti2 ni, aku masak menu yang ringkas jer.


Permintaan suami ikan cencaru sumbat dan mak mertua nak makan sayur lemak tauhu + taugeh. Resepi adalah memandai sendiri je, asalkan sedap dan cukup rasa...hehehe










ini ikan cencaru yang dah ready nak dimasak.Aku bakar kat kuali, alas dgn daun pisang letak daun kunyit skit utk bau wangi.



aku bakar dalam kuali jer, tutup dengan penutup periuk dan letak lesung hehehhe. Masak dengan api yang sederhana lau api besar takut hangus



ini sayur lemak....aku letak tauhu, taugeh, bunga kobis dan lada besar 
( merah ) sbg perhiasan






Bahan-bahan utk ikan sumbat :-

  • lada kering ( blender )
  • bwg putih
  • bwg merah
  • belacan skit
  • halia
  • kunyit
  • garam
  • gula
  • asam jawa
bahan-bahan diatas dikisar kecuali gula, garam dan asam jawa. Dah blender letak dalam mangkuk + gula + garam + asam jawa...pastu rasa, lau ok sumbatkan bahan-bahan td kat ikan cencaru dan bahan yang lebih letak je atas ikan sebelum dimasak...

lau nak makan, perahkan limau kasturi, pasti sedap...


Sekian, As - Salam

Thursday 26 May 2011

KERJA AKU...

Keje aku nampak mudah, senang, tak tensen...tapi kadang2 sampai satu tahap boleh buat aku marah, menyirap, bengang dgn segelintir orang2 yang cakap ikut sedap mulut...

Keje aku jawab dan buat panggilan ( tugas hakiki )...aku bukan OPERATOR k, tapi PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN (PKP)...up sket lah namanyer heheheehh. Kat kaunter ni d dua PKP, aku ngan kwn aku.Kalau ada Program Senaman Pagi, Program Membudayakan Al-Quran, Perhimpunan Bulanan atau apa2 acara yang dianjurkan kat opis ni, kami akan pergi / menjoinkan diri secara bergilir...Dan yang haru sket time kami nak bercuti heheheh kenelah mintak bantuan dari kwn2 yang terpilih utk membantu kami di kaunter...Kami faham, dorang pun byk keje dan ada tugas hakiki masing2, tetapi di kaunter ni memang memerlukan dua org kalau tidak kelam kabut tau....mana nak jwb panggilan dari dalam, dari luar, nak layan tamu yang datang dan kerja2 sampingan yang lain.

Mungkin dulu boleh sorang2 tapi sekarang agak sukar sebab TALIAN TELEFON DAH BERTAMBAH, STAFF DAH BERTAMBAH RAMAI.

Mentang2 jawatan ni guna kelulusan SPM jer, dorang ingat senang ke keje ni, nak tau duduk sinilah. Ni tau nak marah jer.... ini terjadi biasanyer kami bekerja sorang2 ( salah sorang dr kami bercuti/kursus ) dan tiada yang menggantikan.

Ayat2 yg bisa tu :-

  • "manalah operator ni, lambatnyer angkat telefon?"
  • "operator ni uat per jer, angkat telefon pun lambat?"
  • " operator ni keje ke tak, tak angkat2 telefon?"
Kami sedar, kami keje angkat telefon jer, tapi jgnlah ckp mcm tu, mentang2 keje kami mcm ni, awak tu pegawai, janganlah berlagak sgt...D sorang pegawai tu, siap suruh anak buah dia jengah kebawah tgk aku buat keje ke tak sbb time tu  aku lambat angkat call dia ( masa ni aku keje sorang ). Bile diberitahu operator sorang, baru senyap mulut tu...

Semua orang nak cepat, dan kami pun nak memberikan servis yang terbaik, tapi kdg2.....   :-((((...takperlah, kami kene banyak bersabar kerana kerenah manusia macam2 dan bukan senang untuk memuaskan hati semua orang.

"Ya Allah, berikanlah kami kekuatan dan kesabaran yang tinggi menjalankan tanggungjawab kami ini, Amin"

" disini, aku nak ucapkan RIBUAN TERIMA KASIH kepada kawan2 seperjuangan yang banyak membantu semasa salah seorang dr kami bercuti / berkursus. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK....

SAYANG KALIAN....muahhhhhhh



 



telefon dan aku tak dapat dipisahkan hahahahahah



As-Salam

BUBUR TEPUNG

As - Salam semua


Ok, aritu aku d cerita kisah ABC, minuman kegemaran aku dan kali ni 'dessert' kegemaran aku pulak iaitu BUBUR TEPUNG ehehehhe




Ini cara & bahan2/ resepi dari mak aku





mula-mula kelapa ( 1 biji je ) diparut





dah diparut, kenelah diperah utk dapatkan santan
byknyer? agak2 jer
aku uat kat periuk kecik jer sbb tak ramai yg d kat umah, d 3-4 ketul jer orangyer





tepung gandum yang dah dibancuh / diuli bersama air + garam sikit
jangan terlalu lembik, sedang2 elok jer utk memudahkan semasa menggunting
byknyer?? agak2 lah jugak heheheheh





okay, mula2 didihkan santan dulu
dah panas masukkan daun pandan ( bagi wangi ) dan gunting tepung yang dah diuli tadi terus kedalam periuk ( gunting kecil2 jgn beso2 tak lawa )
sambil tu, kacau2 skit supaya tepung kat dalam periuk tak melekat antara satu sama lain heheheh
dan jangan luper masukkan sikit garam dan gula
aku guna gula putih. d orang guna gula merah /  gula melaka, ikut selera masing2 k





tararrrrrrrrrrr.................
inilah hasilnyer

sangat sedappppppppppppppp



Selamat mencuba......



Sekian, As-Salam



HANTU...

As - Salam

Bercakap pasal hantu, mesti menakutkan, mengerikan...
Kalau kite tgk sekarang, banyak pengarah yang bikin filem / drama berkisarkan kisah hantu. Samada ianya rekaan semata / diadaptasi dari buku atau novel ataupun dari cerita orang dulu2...

Masa zaman kanak-kanak, kalau dah bermainkan tak ingat waktu...waktu tghari bute ke, waktu dah senja ke, kite belasah jer...Mak aku, kalau aku nak g main2 tghari bute dia akan ckp

mak : nada marah dan menasihati  "tak boleh main tghari bute ni, nti d 'k.....' bawak sabit datang"

Dan pernah kwn aku ckp, lau tido pakai stoking, nti Hantu Stoking dtg. Dan selepas itu, aku tak berani nak pakai stoking masa tido walaupun sejuk heheheheheh

Aku pernah mengalami / nampak dengan "sesuatu" ni...( tak berani nak sebut hantu )

Masa ni aku darjah 5/6, gitulah....tak ingat sgt

D kematian...iaitu seorang budak perempuan ( atas aku 2tahun ). Arwah ni meninggal sebab kemalangan di depan sekolah agama kat kg aku.
Rumah keluarganya tak jauh dgn rumah aku, dan arwah seorang yang sssssaaaangat cantik.Orangnya putih gebu, rambut halusss panjang sampai bawah bahu, kulit cantik, bersih jer....

Arwah meninggal dunia dan dikebumikan pada hari tu...



Petang tu, lepas mandi aku pakai baju tido yang dibuat sendiri oleh mak ( baju baru tau dan inilah pertama kali aku pakai ), bajunyer mcm gaun, kaler gelap d bunga2 kaler merah n bintik2 kecil putih, d reben putih kat bahagian leher...cantikkkk

Aku tido bertiga, aku, kakak dan abg aku. Kami tido satu katil, maklum umah kecik dan hidup pun sederhana jer...Aku kat tgh2, kakak dan abg kat tepi ( jaga aku heheheh )...Malam tu, aku tido ntah mcmner lasak sampai dekat hujung katil tapi tak jatuhlah. Aku pun tak tahu benda tu berlaku kol brp, aku mcm tersedar dr tido, aku dengar bunyi mcm orang mendengus ke mengerang gitulah ( seram oooo )
" ngee ngee ngee " byk kali.

Dalam takut aku baca2 yang aku ingat, aku tak berani nak bergerak, aku diamkan diri... nak tau, "benda tu " pakai baju sama dgn baju baru aku tu...aku nampak rambut panjang, berdiri tegak tepi katil btl2 depan aku ( mata bukak kecik jer )...lepas tu aku terus tutup mata rapat2...
leh lak masa ni, kakak dgn abg aku tak sedo dr tido, aku terus tutup mata dan tak sedar aku tertido

Esok pagi, aku citer kat family dan aku telah MEMBAKAR baju tido baru aku tu walau pun sayang...


Itulah kesah seram dalam hidup aku...memang menyeramkan


Marilah kite bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk Arwah semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman, AMIN.......Al-Fatihah



Sekian, As-Salam

Monday 23 May 2011

ABC

Ermmm entri ni aku nak ce cite pasal minuman kegemaran aku sejak kecil hingga......


iaitu ABC....



ABC paling sedap penah aku mkn ialah di kampung aku. Mak cik tu jual depan umah dia. balik sekolah je beli, lg2 ari sabtu lepas koko, mesti belilah. Dulu beli 50sen dh banyak dah, sekarang ne dpt...


ABC yang sedap mesti ada 3 kaler. Kaler tu maksud aku air gula daaaa heheheh, iaitu Gula Merah ( kaler hitam ), Sirap ( kaler merah ) dan Pandan ( kaler hijau ). Lau ada ketiga2 kaler ni, mesti seeedap. Tapi sekarang dah susah nk jumper orang jual ABC dgn ketiga2 kaler ni kan....


mana aku nak cari erk????


uat sendiri???


ermmmm


lau aku berjual xper lah gak kan




heheheh kat umah aku d mesin parut ais ni, tapi comel jer
lau utk berniaga mmg tak sesuai, tkt tgh parut ais, roboh mesin tu hahahahah
usia mesin ni......aku kecik dh d, sampai skrg leh guna lg, tahan betul


dan, hari Khamis aritu aku cuti sbb bwk Comel Sayang g klinik, kene injek kat paha utk umo 1thn 6bln...lepas tu demam n kat paha tu sakit....merengek je


kebetulan adik no.4 d kat umah, bercuti, kami pun uat ABC edisi sendiri - simple jer -


tgk gambo bwh ni




inilah dia mesin parut tu, bodynyer dr plastik
tapi tahan

 
okay, ni ais yg dah diparut hehehehe.....nampak sedapkan



inilah hasilnyer.....
ais + susu pekat + milo
nak uat air gula, den tak kuasa sbb makan sendiri bkn utk dijual


dan sampai sekarang aku d cita2 nak bukak kedai jual ABC sebab aku mmg minat giler kat ABC, bile tu ?????????



d sape2 nak kongsi citer pasal ABC, atau d sape2 tau d ABC sedap, marilah kite berkongsi ye

Sunday 22 May 2011

KEREPEK PISANG TANDUK

As-Salam,

Sayang d tanam pokok pisang tanduk kat belakang umah.D lah beberapa pokok dan dah pun berbuah. Berat setiap 1 tandan adalah dlm 4-5 kg. Kami sekeluarga dh pun merasa hasil titik peluh Sayang tu. Selalunya, pisang tanduk ni aku suker goreng utk sarapan atau pun minum petang.

Ermm ari ahad aritu, kami g jemputan kahwin umah sepupu Sayang kat JB. Comel Sayang taknak mkn nasi, lagi2 nasi minyk mcm tak sesuai gitu. Kat meja mkn d lah kuih goyang, lengkong n kerepek pisang. Comel Sayang suker lh pulak mkn kerepek  tu. 1 telap kecik tu dah tinggal suku hehehehehe. dlm ati kate mcm nk mintak bungkus, tp malulah pulak.

Bapak mertua aku nampak, terus dia ckp " cucu atok suker erk.petang nti kite uat erk kat umah".
heheeh maklum cucu pertama, manje betol.

Petang tu dlm kol 4lbh, Sayang g lah tebang pokok pisang tanduk yg agak2 dah sedang elok utk dibuat kerepek.  beratnyer 8 kg lbh, Alhamdulillah. Sayang sagat, aku menggoreng...., tgh2 menggoreng tu lg dlm kepanasan ( cuaca skrgkn tgh panas ), kipas n lampu mati, ooooo blackout lah beb...kol 6lbh dh gelap kiteorg pun stop operasi membuat kerepek. Dptlah 2 telap, jap je tu, ari Isnin aku balik keje dh habis dah heheheh.

Dan petang  td balik kejer, aku basuh baju, Comel Sayang main2 dgn atok dia. Nak tau Sayang aku uat per???     Sayang uat kerepek pisang sorang2 heheheh ( rajin tol laki aku ni ). aku tolong kupas kulit pisang jer. Sayang yg sagat n menggoreng sampai siap. Dptlah 1 telap setengah heheh. Tq Sayang.









pokok pisang tanduk ( amik kat google )
nak snap kat belakang umah tak sempat heheheheh
lau goreng mkn panas2 cicah sambal kicap sedapnyerrr



ni dekat sket. pisang ni lau dh tua dia akan merekah / terbelah kat tengah2 tu




haaa, inilah hasilnya - kerepek pisang tanduk- ( gambo ori tau ni )
ni hasil tanaman dan gorengan Sayang dan aku
setakat ni, kami dah uat kerepek dari 3 tandan pisang heheheheheh
Comel Sayang suker makan, tu yang rajin buat




Alhamdulillah, lepas ni stop dulu sbb dah habis stok pisang. Ada pun pokoknyer kecik lg hehehhe....


K, As-Salam

Monday 16 May 2011

LESEN

Lesen kete......


Bile ingat balik, masa nak amik lesen nie adoiii malasnyer, tapi disebabkan 'mesti', 'keperluan', 'kemudahan' untuk masa akan datang, aku amik jugak. Aku amik lesen kete lepas SPM. Deposit guna duit abah, selebihnyer duit sendiri hasil bekerja kilang hehehhe...Aku amik lesen ni kat JB, jalan yang sibuk tapi sampai skrg masih takut2 nak drive :-)


Aku simpan lesen tu ( P ) selama 1 tahun, dan lagi setahun tu aku dah gunakan sebab aku dh dpt keje. Aku kene drive sendiri. Hari pertama masuk keje, tawakkal ajelah dan Alhamdulillah setakat ni aku belum terlibat dgn ape2 kemalangan dan aku berdoa semoga Allah sentiasa melindungi, Amin.


Lepas kahwin, aku dh jrg memandu sebab Sayang ada (kami 1 tmpt keje ) hehehhe. Kdg2 drive sendiri gak
( time Sayang keje luar/ berkursus ). Lesen aku simpan dlm wallet tak penah keluarkan.









masa aku kene aritu, taklah ramai camni...ni sekadar gambaran jer heheheh



D satu ari tu, aku kene drive sendiri g keje sbb Sayang g kursus. Aku memandulah dgn berhemat, pakai seat belt siap2, lock pintu ( masa ni pinjam kete abah ), bukak radio pelan jer...Sampai kat Hentian P, d road blok ( pg2 buta, time org nk g keje uat road blok, adoiiii )..dan selama 3 thn time aku yg drive sensorang, lau d road blok, tak penah polis tahan / tanyer lesen. Ntah nape pg tu, polis suh berenti nak tgk lesen. Aku pun amik lah wallet, cari2






tak jumper...................... Ya Allah mana lesen aku




masa ni dah berpeluh2, kaki tangan dah ketar






polis : ' ketepi'  
         ( perhhh tak penah aku kene tahan dgn polis, siap suruh ketepi tu )


polis : ' awak ada lesen ke tak?' (muka serius )


aku : ' ada encik dlm wallet saya. hari2 saya bwk lesen saya"
        ( lebih kurang 5 minit mencari, hampa..lesen aku hilang )


polis : 'awak keje kat mana?'


aku : 'saya keje kat ......' ( suare dh ketar gak masa ni, muka lau kene toreh xde darah yg kuar )


polis : 'tak penah nampak pun?'


aku : 'ada, saya kat kaunter depan'


polis : 'xpelah, ni saya bagi warning, lepas ni g JPJ uat lesen baru'


aku : ' macih encik'




dan aku drive dgn selamat sampai opis. terus terang, badan aku dah seram sejuk, kaki tangan dah gigil, jantung dah degup laju dan....esoknyer aku terus cuti g JPJ uat lesen baru.


Sekarang, sblm drive aku akan cek dulu lesen ada ke tak dlm wallet huhuhu , cukuplah sekali aku kene tahan dgn polis.serikkkkkkkkkkkk






@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@




hehehhe, ingat k kawan2, sebelum memandu pastikan bawak lesen bersama







contoh lesen ( bukan aku punyer )




" TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI, 'TUAH' MANUSIA TIADA YANG TAHU"






Sekian, 


As-Salam





Sunday 15 May 2011

TIPS DARI SEMINAR







Tips untuk 'cemerlang dalam kerjaya' yang aku dapat semasa g seminar kat KL aritu

Tips ini dari Ustazah Siti Nor Bahyah bt. Mahmood

'7S'

1.Solat
2.Syukur ( perbanyakkan zikir )
3.Salam + Senyum ( bersalaman dan senyumlah ketika berjumpa dgn seseorang )
4.Sayang
5.Sabar
6.Subgguh-sungguh
7.Soleh / Solehah


Ini pulak '7M' yang menghalang seseorang untuk berjaya

1.Malas
2.Maksiat
3.Membaca benda yang sia-sia ( tinggalkanlah )
4.Marah
5.Buang masa
6.Makan banyak ( jangan makan banyak, jangan tido banyak )
7.Menderhaka ( jangan menderhaka )



Ini pulak tips untuk kerja yang cemerlang

1.Niat kerja kerana Allah
2.Hati yang bersih
3.Mendapatkan keredhaan dari Allah
4.Banyakkan doa kepada Allah




*************************************************************************

Marilah kita sama-sama mempraktikkannya :-)))

Monday 9 May 2011

ASMA




Alhamdulillah, sekarang Comel Sayang dah bertambah sihat. Syukur kepada Mu Ya Allah.


Masa usia Comel Sayang lbh kurang 9bln, Comel Sayang kene demam panas. Mula2 panggil bidan mtk tolong tgk2kan, ok to pastu Comel Sayang tak ok. Kami bwk g Hospital Kota Tinggi. Doktor cek2 dia ckp baby awak kene tahan, masa ni Comel Sayang dh tak pakai baju, kepala dgn badan dh habis basah aku jelumkan dgn tuala, sebab nak redakan panas badannya.3 mlm gak aku kat spital.


Kuar spital, Comel Sayang sihat tapi lepas 1 minggu, kene selsema dgn batuk yg berbunyi2 tu. Mak mana yg tak risau tgk anak mcm tu. Aku lak ne lah d pengalaman, ni lah anak pertama. Aku bwk g klinik, doktor bagi yg sedut2 asap tu. Sejak tu, d lah 4 - 5 kali Comel Sayang kene sakit mcm tu.


Dan yang paling teruk ialah pada 17 Januari 2011 kol 12tgh mlm. Kami bwk Comel Sayang g Spital Kota Tinggi. Biase doktor akan bg sedut asap tu, tp aritu dia terus cek dgr yg kat dada tu, dia ckp d jangkitan kuman kat paru-paru. masa tu jantung aku dh berdegup kencang, Allah sahaja yg tahu.


Lepas tu, bwk Comel Sayang g x-ray, dan memang sah jangkitan kuman kat paru-paru. Agak teruk keadaannya. terus masuk oksigen kat hidung Comel Sayang. Ya Allah, Kau sembuhkan anakku Ya Allah, aku tak sanggup tgk anak aku sakit.Lebih kurang kol 4 lbh, doktor ckp kene g HSA coz doktor pakar ramai, peralatan cukup. Aku dgn Comel Sayang naik ambulans, Sayang follow dr belakang naik kete. Aku tak nak naik ambulans lg, pening pale aku, rasa mcm nak muntah jer, adoiiii..


Sampai HSA, aku tgk bilik penuh. Ramainyer baby sakit. D doktor India cek2 Comel Sayang. Tak lama tu masuk wad biase ( wad kanak-kanak). Pagi tu, kol 8lbh, Sayang balik umah tinggal aku sensorang jg Comel Sayang. sedih aku tgk, dh tak bermaya. Doktor pakar dtg uat check up. Doktor Lim ckp kat aku,


"anak u tak ok, kite kene hantar baby masuk ICU coz baby tak dpt nafas sendiri dan perlukan bantuan pernafasan. Bahaya kalau oksigen tak sampai ke otak"


Ya Allah, masa tu aku rasa sejuk je badan ni. aku tergamam.gigil kaki aku. Anak aku masuk ICU...meleleh air mata aku.


Sampai ICU, Doktor Lim suruh aku tunggu luar. D sorang misi iring aku sampai luar. Masa tu aku dh tak leh tahan, berjurai-jurai airmata ni kuar. Misi tu ckp " sabar ye kak.InsyaAllah anak akak selamat. akak byk2 berdoa ye". Aku hanya mampu menganggukkan kepala. aku call Sayang bgtau yg Comel Sayang masuk ICU. Sayang menangis. Sayang baru sampai umah. Dah siap mandi Sayang ke HSA semula. Tak lama tu, misi panggil suruh masuk. Aku tak sanggup tgk Comel Sayang. Mulut masuk wayar utk oksigen, kencing pakai tiub, hidung masuk tiub utk kuarkan benda2 kotor dlm perut, tangan ngan kaki jgn cakaplah, bengkak sbb masuk wayar air, ubat ntah pe2 lg la, kat dada d wayar utk bacaan jantung dan ... ( dh luper), lg kaki dgn tangan mcm kene pasung sebab tak nak bg wayar2 td ditarik2...dan Comel Sayang 'ditidurkan'. Aku memang dah tak kuat. Aku tak selera makan. Aku...................... Sebenarnyer aku tak nak ingat lagi kisah ini, cume aku nak berkongsi cerita dgn kawan2.


3 ke 4 hari kat ICU, Alhamdulillah Comel Sayang semakin sihat.Masa Comel Sayang sedar, tp mata tertutup, ermm dia merengek, cakap "mamam, mamam". Masa tak sedar, Comel Sayang tak boleh makan, cume minum susu jer tu pun 3 jam sekali dgn kuantiti yg amat sedikit. Doktor ckp, bglah susu, aku bagilah 1 botol ( ikut sukatan biase), pastu nangis lg sbb dh brp hari tak makan, jd dia lapar. Doktor ckp bg lg, aku bg lah ( 3-4 botol gak). Doktor ckp lau nangis lg jgn bg susu , tapi cube pujuk sbb baby baru sedar tak boleh bg susu byk2 takut usus tak boleh terima.


Esoknyer, Comel Sayang dh sedar betul, dah boleh bukak mata tp masih lemah. aku bersyukur sgt2, anak aku masih hidup Ya Allah. Aku tgk Comel Sayang senyum, bile panggil nama, menoleh... Alhamdulillah Ya Allah.


Dan sekarang Comel Sayang semakin sihat, dan hari2 kene guna ubat AeroChamber berharga RM80.00..ubat spital bagi.Rawatan susulan pada 21 Januari 2011 dan yg akan datang pd 20 Jun 2011 di HSA. Masa first appointment tu, doktor ckp Comel Sayang sihat dan menunjukkan perkembangan yang baik, Alhamdulillah.


Aku nak ucapkan ribuan TERIMA KASIH kepada pihak opis kerana mengadakan majlis bacaan utk anakku, dan TERIMA KASIH kepada kawan2 opis yang datang ke spital melawat kami, TERIMA KASIH BANYAK2...kerana doa kalian dan dengan izin Allah, anak ku semakin sihat.






inilah AeroChamber yang anak aku gunakan sekarang
dia ada saiz dan berbeza kaler utk berbeza usia











untuk Comel Sayang yang berusia 1 tahun keatas, guna alat yang kaler kuning ni.
mula2 susah nak pakaikan kat hidung dia, tapi lama2 ok...











inilah kotak aerochamber tu. ni arissa punyer (rm80.00)
aku beli kat HSA



heheheh ni Comel Sayang tgh main2 dgn aerochamber. masa mula2 guna menangis tak nak, tp skrg dh senang, kdg2 dia pakai sendiri...tgk je lah gmbo tu, heheheeheh



ubat ni aku tak tau namayer, tp ni utk org asma.utk budak2 kecik guna ubat ni bersama aerochamber tu
ada dua kaler coklat dan biru, dua2 kene guna.



cian kan, bengkak kaki Comel Sayang aku. Ni baru lepas kuar dr HSA. brp tempat ntah kene cucuk, aku pun tak ingat.masa kat umah, Comel Sayang tak pandai jalan, berdiri pun tak kuat, sikit2 jatuh...tak sampai hati tengok.




aku sekadar berkongsi cerita dgn kawan2...

As-Salam

Wednesday 4 May 2011

SEMINAR

As-Salam,

Alhamdulillah, kami selamat sampai ke rumah dlm kol 12 lbh mlm. Sampai umah, Comel Sayang dh tido. Aku mandi, bersihkan diri pastu baring sebelah Comel Sayang. Ya Allah, aku rindu sgt kat dia muah muah muah aku tak puas cium dia....

Hari, Jumaat, walaupun penat, letih, ngantuk, aku tetap g kerja...

Sungguh seronok seminar semalam. Byk tips, ilmu, pengajaran dan dapat menyedarkan/insafkan  diri kita sendiri...Seminar tu d 2 ceramah dan 1 forum. Ceramah pertama bertajuk " Mencari Syurga Melalui Pekerjaan" disampaikan oleh YBhgg. Dr. Robiah bt. K. Hamzah iaitu Pakar Motivasi dan beliau pernah dtg ke pejabat aku utk memberi ceramah. Rugi klu tak dpt dtg / mendengar ceramah dr beliau. Ceramah kedua bertajuk "Jujurkah Kita Sebagai Pekerja" yang disampaikan oleh YBhg. Dato; Haji Karuddin bin Zakaria iaitu Mantan Imam Besar Masjid Nagara. Kedua2 penceramah ini sgt hebat...Alhamdulillah

Bagi sesi forum pula, panelnyer ialah YBhg. Dato' Siti Nor Bahyah bte. Mahmod ( Penceramah Bebas ). Beliau dtg bersama suami dan YBhg. Ustaz Badli Shah bin Aludin  dari Jabatan Agama ISlam Negeri Pahang. Ustaz ni tgk jer mcm serius, sekali ha kau kelakar orgnyer...

Alhamdulillah, terima kasih dan aku syukur kepada Mu Ya Allah, kerana memberi kesempatan utk aku utk hadir ke seminar ini.



pasangan yang sgt bahagia, romantik, so cute...
suke dgr ustazah berceramah, dgn suare yg sedap
semalam lepas ceramah dptlah aku bersalaman dgn ustazah, lembutnyer tgn heheheh
ustazah d gak uat penjualan buku hasil nukilan ustazah, tp aku tak dapat nak beli sbb ramai sgt org...ntilah aku cari kat kedai buku yang terdekat...




yang ini pulak mantan Imam Besar Masjid Negara, YBhg. Dato' Kamaruddin. Sedap dgr Dato' berkata-kata. Begitu bersemangat. Seronok dpt hadiri seminar nie.. Alhamdulillah